Tuesday 31 March 2015

PENGLIHATAN TERHAD

Pengenalan
Penglihatan terhad ialah keadaan di mana penglihatan menjadi kabur dan/atau keluasan medan penglihatan mengecil dan tidak dapat dibantu melalui rawatan perubatan, pembedahan, penggunaan cermin mata ataupun kanta sentuh pada kedua-dua mata.

Mereka yang mempunyai penglihatan terhad adalah tidak sama dengan mereka yang mengalami kebutaan, dimana mereka dengan peglihatan terhad masih mempunyai sedikit tahap penglihatan yang berguna. Walaubagaimanapun penglihatan terhad biasanya akan mengganggu kelancaran perjalanan aktiviti harian seseorang seperi memandu atau membaca.

Apakah definasi penglihatan terhad?
Penglihatan terhad adalah keadaan di mana individu mempunyai tahap penglihatan kurang daripada 6/18 hingga 3/60 atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah pada kedua-dua mata dengan pembetulan terbaik mengikut carta snellen. Apabila tahap penglihatan kurang daripada 3/60, keadaan ini dikenali sebagai buta.

Buta didefinasikan sebagai tahap penglihatan kurang dari 3/60 atau keluasan medan penglihatan seluas 10 darjah atau kurang pada kedua-dua mata dengan pembetulan terbaik.

Seseorang dengan tahap penglihatan 6/18 bermaksud individu berpenglihatan terhad hanya mampu melihat objek dari jarak 6 meter manakala individu normal boleh melihat objek yang sama dari jarak 18 meter.

Apakah penyebab utama penglihatan terhad?
Penyebab utama penglihatan terhad ialah:
  • Katarak yang tidak dirawat
  • Rabun yang tidak dapat dibetulkan
  • Age Related Macular Degeneration (ARMD)
  • Retinopati diabetik
  • Glaukoma

Apakah tanda-tanda mengalami penglihatan terhad?
  • Kesukaran untuk mengenalpasti pada jarak jauh
  • Kesukaran untuk membezakan warna dalam tona yang sama
  • Kesukaran untuk melihat dekat (membaca atau memasak)
  • Keluasan medan penglihatan semakin mengecil
  • Kombinasi tahap penglihatan yang rendah dan medan penglihatan yang mengecil


Monday 30 March 2015

PERHATIAN!!!!

Mari-mari dapatkan promosi dari LAGENDA OPTOMETRIST. Promosi sedang dijalankan sehingga 5 April 2015. Jangan lepaskan peluang KEEMASAN anda.
Jangan salah faham ya. Beli 1 PERCUMA 1 itu adalah di sebelah kanan yang mempunyai FITOVER, BAUCER KFC dan READING GLASSES. 
Tertakluk pada terma dan syarat.

Sunday 29 March 2015

LATIHAN SAMBIL BELAJAR TENTANG PRODUK DARIPADA ESSILOR

27-03-2015 (Jumaat)
Bos dan Pekerja-pekerja LAGENDA OPTOMETRIST pergi lawatan sambil belajar tentang kanta dan cara pembuatannya daripada syarikat ESSILOR Pulau Pinang. Kami diberikan info-info menarik tentang produk mereka.

 Kami team daripada LAGENDA OPTOMETRIST S.P
'Pakar Penglihatan Anda'


Yang bagi taklimat kepada kami lelaki cina bernama Daniel yang berbaju putih dan berkaca mata.


Ini adalah diantara bos dan pekerja daripada Alor Star dan Sungai Petani yang 'join' latihan di essilor.

Tuesday 24 March 2015

PRESBYOPIA-RABUN TUA

APA ITU PRESBYOPIA?
Presbiopia adalah keadaan di mana berkuranganya keupayaan seseorang untuk fokus atau menumpu benda dekat dengan jelas.

BAGAIMANA RABUN TUA BERLAKU?
Presbyopia iaitu keadaan ‘mata tua’ yang disebabkan faktor usia. Ia berlaku perlahan-lahan menyebabkan anda tidak menyedari ia berlaku hingga usia mencecah 40 tahun ke atas.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN PRESBYOPIA
Faktor usia menyebabkan perubahan terjadi pada protein dalam kanta mata,mengakibatkankanta mengeras dan kurang elastik.Ia turut menjadi punca perubahan pada otot di sekeliling serat kanta.Disebabkan ia kurang elastik,mata sukar untuk fokus.

TANDA-TANDA
  • Penglihatan kabur pada objek yang dekat
  • Sukar membaca tulisan yang kecil
  • Mata yang letih terutama apabila membaca di tempat kurang cahaya atau waktu petang
  • Mata tegang dan sakit kepala apabila terlalu dekat dengan bahan bacaan/jahitan.
  • Memegang bahan bacaan pada jarak kejauhan lengan untuk melihat dengan lebih jelas.
 RAWATAN
1)      Pemakaian cermin mata
2)      Pembedahan

Wednesday 18 March 2015

RABUN SILAU-PART 2

BAGAIMANA RABUN SILAU BERLAKU?

Rabun silau boleh dialami pada semua peringkat umur. Selalu terjadi semasa lahir dan kadang-kadang terjadi selepas kecederaan atau pembedahan mata. Hampir semua orang mengalami rabun silau tetapi pada tahap keterukan yang berbeza.
Rabun silau selalunya terjadi bersama dengan rabun jauh dan rabun dekat.
FAKTOR RISIKO PENYEBAB RABUN SILAU
Rabun silau yang tidak dibetulkan akan menyebabkan penghidap mengalami simptom/tanda-tanda seperti di bawah dan seterusnya akan menjurus pada masalah-masalah lain seperti kurang tumpuan dan penurunan prestasi kerja/sekolah.
Pada kanak - kanak, rabun silau yang tidak dirawat awal boleh mengakibatkan amblyopia atau mata malas.
TANDA-TANDA
· Mata kabur pada sebarang jarak
· Pandangan kelihatan kabur
· Mata letih
· Juling – keadaan mata yang tidak selari antara satu sama lain
· Sakit kepala
· Susah memandu pada waktu malam dan kadang – kadang pandangan nampak dua
· Mata sering berkelip atau sering menutup mata

RAWATAN
  1. Pemakaian cermin mata
  2. Kanta lekap
  3. Pembedahan

Sunday 15 March 2015

RABUN SILAU- PART 1

APAKAH ITU RABUN SILAU?
Rabun silau atau astigmatisma adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata. Keadaan ini akan mengakibatkan penglihatan kabur pada sebarang jarak.
Rabun silau boleh dialami pada semua peringkat umur. Selalu terjadi semasa lahir dan kadang-kadang terjadi selepas kecederaan atau pembedahan mata. Hampir semua orang mengalami rabun silau tetapi pada tahap keterukan yang berbeza.
Rabun silau selalunya datang bersama – sama rabun jauh dan rabun dekat.

Thursday 12 March 2015

KATARAK

Katarak ialah keadaan di mana KANTA semulajadi mata menjadi KABUS

SEBAB-SEBAB
  • Usia yang lanjut
  • Kencing manis
  • Merokok
  • Cahaya ultraviolet
  • Kecederaan
  • Dilahirkan dengan katarak


TANDA-TANDA DAN GEJALA
  • Pandangan anda kabur
  • Anda sukar membaca
  • Anda perlu kerap menukar cermin mata
  • Pandangan anda teruk dalam cahaya terang
  • Anak mata menjadi putih


BOLEHKAH KATARAK DI RAWAT?
  • YA. Rawatan adalah bergantung kepada keterukan dan keperluan-keperluan penglihatan individu sendiri
  • Peringkat awal adalah dinasihatkan untuk memakai cermin mata.
  • Pembedahan adalah perlu apabila cermin mata tidak lagi dapat membantu.

Tuesday 10 March 2015

TROPIA/STRABISMUS 'JULING'

APA ITU JULING?

Keadaan dimana mata tidak sejajar antara satu sama lain.

TERBAHAGI KEPADA DUA JENIS:
         1)      Exotropia: Juling ke luar
         2)      Esotropia : Juling ke dalam

BAGAIMANA JULING TERJADI?
Kurangnya koordinasi antara otot ekstraokular yang menghalang pandangan berada pada titik yang sama.

TANDA-TANDA
     1)Mata bergerak tidak sejajar
     2)Amblyopia (mata malas) pada mata yang juling
     3)Kadang-kadang berkaitan dengan ralat refraksi
     yang tidak dibetulkan pada satu atau kedua-dua
     mata.

RAWATAN
  • Pemakaian cermin mata
  • Terapi penglihatan
  • Pembedahan




Sunday 8 March 2015

AMBLYOPIA 'LAZY EYE'

APA ITU AMBLYOPIA?
  • Juga dikenali sebagai mata malas
  • Satu penyakit mata yang melibatkan penglihatan sama ada struktur mata kelihatan normal atau tidak normal

SIMPTOM-SIMPTOM

  • Ramai yang tidak sedar terutamanya yang mempunyai amblyopia tahap rendah hingga sederhana, sehinggalah diuji tahap penglihatan mereka
  • Kepekaan terhadap kontras yang berkurangan.
  • Masalah persepsi kedalaman (3D)
  • Masalah penglihatan binokular

BAGAIMANA AMBLYOPIA BERLAKU?

Apabila sebahagian daripada otak menerima imej daripada mata yang terjejas tidak dirangsang dengan betul & tidak membina potensi visual sepenuhnya semasa ’tempoh kritikal’ iaitu semenjak lahir hingga umur 2 tahun.

PENYEBAB UTAMA AMBLYOPIA?
>Strabismus (Juling)

>Ralat refraksi (Rabun)
>“Deprivational”= kurang rangsangan penglihatan pada peringkat awal kelahiran akibat penyakit katarak kongenital

RAWATAN
  • Memakai cermin mata(preskripsi cermin mata yang betul)
  • Memaksa menggunakan mata amblyopia dengan menampal/menutup dengan mata yang baik (patching therapy)
  • Pathcing therapy boleh dihentikan apabila penglihatan mata amblyopia mencapai 6/6 (visual acuity)



Thursday 5 March 2015

HYPEROPIA (Farsightedness) - RABUN DEKAT

APA ITU HYPEROPIA?
Suatu keadaan dimana objek dekat kelihatan kabur berbanding apabila melihat objek jauh.



SEBAB-SEBAB TERJADINYA HYPEROPIA
  1.      Bola mata yang lebih pendek daripada normal    
  2.      Kanta mata yang nipis
  FAKTOR RISIKO PENYEBAB HYPEROPIA

  1.     Genetik / keturunan
  2.     Kelahiran bayi pramatang
  3.     Penyakit mata & sistemik
  4.     Pembedahan katarak

       TANDA-TANDA / SIMPTOM-SIMPTOM

  1.     Kabur penglihatan dekat
  2.     Sakit kepala bahagian ‘frontal’
  3.     Juling(kanak-kanak)
        RAWATAN

  1. Pemakaian cermin mata
  2. Kanta lekap
  3. Pembedahan



Wednesday 4 March 2015

PERBEZAAN RABUN DEKAT DAN RABUN TUA

Pengenalan
Ramai orang keliru antara rabun dekat dan rabun tua. Ini kerana kedua-duanya akan mengadu kabur pada jarak dekat. Sebenarnya rabun dekat dan rabun tua adalah dua masalah mata yang berbeza.
Sebarang objek akan dilihat jelas sekiranya imej terbentuk di atas retina. Tiga komponen mata yang membantu untuk melihat dengan jelas adalah :
  1. Kuasa kornea iaitu bahagian mata yang paling hadapan
  2. Kuasa kanta mata
  3. Panjang bola mata
  4. Sekiranya terdapat satu atau lebih komponen berada di luar julat normal, maka mata akan gagal memfokus dengan tepat di atas retina dan akan mengakibatkan rabun.
    Rabun dekat atau hiperopia adalah satu keadaan di mana objek dekat menjadi kabur tetapi objek jauh kelihatan terang. Rabun dekat boleh dialami oleh semua peringkat umur.
    Seseorang yang mengalami rabun tua atau presbiopia akan mempunyai penglihatan dekat yang kabur walaupun sudah memakai cermin mata untuk membetulkan rabun jauh atau rabun dekat.
Punca
Rabun dekat terjadi apabila imej sesuatu objek yang dilihat, terfokus di belakang retina seperti rajah di bawah.
Ini disebabkan oleh :
  • Kuasa kornea kurang dari nilai normal
  • Kuasa kanta mata kurang dari nilai normal
  • Panjang mata lebih pendek berbanding orang normal
Rabun tua adalah satu proses penuaan semulajadi yang terjadi akibat kanta mata telah menjadi keras dan kurang fleksibel. Kanta yang mengeras akan menghalang proses penebalan dan seterusnya mengakibatkan imej terfokus di belakang retina.

Tanda dan Gejala

KESAN
Jika rabun dekat dan rabun tua tidak dibetulkan, ia akan mengakibatkan gejala seperti di atas dan seterusnya tumpuan dan prestasi kerja akan terjejas.
Rabun dekat pada kanak-kanak, jika tidak dirawat awal boleh mengakibatkan ambliopia atau mata malas.
RUJUKAN
MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia; http://www.myhealth.gov.my/
COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST