Thursday 23 April 2015


MENGAPA KANAK-KANAK PERLU JALANI UJIAN 'SARINGAN PENGLIHATAN"?

Bulan April dan Mei 2015 adalah bulan kempen 'saringan penglihatan'. Ujian saringan penglihatan di lakukan di sekolah rendah sekitar daerah Kuala Muda yang berdekatan dengan Lagenda Optometrist.

Objektif kempen ini adalah "Langkah pencegahan awal untuk elakkan mata malas dan penglihatan terhad". Sekolah rendah menjadi sasaran utama adalah kerana kanak-kanak tidak tahu untuk memberitahu mereka mempunyai masalah penglihatan. Kesan masalah penglihatan pada kanak-kanak adalah di gambarkan dengan aktiviti pembelajaran dan aktiviti harian yang terjejas.

Gambar di atas adalah contoh salah seorang pelajar yang di saring. Penglihatan mata sebelah kiri adalah teruk berbanding mata kanan. Dari hasil sejarah yang di ambil, ibu pelajar terbabit menyatakan TIDAK TAHU rupa-rupanya anaknya selalu tidak dapat habis salin tulisan di papan putih semasa di dalam kelas, malas membaca, sukar fokus di dalam kelas, menontot televisyen pada jarak terlalu dekat dan sukar membaca papan tanda adalah di sebabkan oleh masalah penglihatan.

Hasil ujian terperinci yang dilakukan mendapati :
 Ralat refraksi (power mata) adalah anisometropia ( terdapat perbezaan power lebih 1.00D dan astigmatisme yang tinggi pada sebelah mata kiri).

Pelajar tersebut disarankan untuk memakai cermin mata untuk dapatkan penglihatan yang terbaik dan untuk elakkan amblyopia (lazy eye) akibat kesalahan refraksi yang tidak di betulkan.

BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK LAKUKAN UJIAN SARINGAN?

nantikan catatan seterusnya oleh Optometrist "Pakar Penglihatan Anda"

AMALIA SHUKOR


Tuesday 21 April 2015


BAHAYAKAH MATA BERAIR?


Pesakit : Apa penyebab mata berair?

Optometrist : Penyebab paling utama adalah mata kering
    
P : Aiikk?.. camana pulak mata kering tapi sekarang mata berair?

O : Apabila mata kering, seseorang itu akan berasa tidak selesa dan air mata akan dikeluarkan oleh kelenjar air mata ( reflex ) sebagai langkah perlindungan.
"Analoginya" adalah seperti mata berair apabila habuk masuk mata.

P : Siapa yang mengalami masalah mata berair?

O : Kebanyakkan masalah sering berlaku kepada orang tua yang melebihi umur 60 tahun.

P : Adakah mata berair merbahaya dan boleh menyebabkan buta?

O : Bahaya atau tidak, dua gejala perlu di perhatikan iaitu kemerahan mata dan gangguan penglihatan.
      Terdapat penyebab mata berair yang berbahaya yang boleh mengakibatkan buta seperti Glaukoma Akut dan Ulser Kornea.Jika tiada gejala ini, maka tidak perlu risau.

P : Apakah rawatan bagi mata kering?

O : Rawatannya ialah menitiskan air mata palsu iaitu sejenis bahan yang diolah menyerupai air mata manusia sebenar.

untuk keterangan lebih lanjut boleh dapatkan bantuan dari doktor mata anda.

"PAKAR PENGLIHATAN ANDA"



Wednesday 15 April 2015

PENJAGAAN KANTA SENTUH

AMALAN YANG BETUL
  1. Guna kanta sentuh setelah mendapat nasihat dari pengamal yang terlatih seperti oftalmologist, optometris dan pegawai optik yang mempunyai permit untuk kenata sentuh.
  2. Ketahui cara penjagaan kanta sentuh yang betul.
  3. Cuci tangan dengan sabun sebelum menyentuh kanta sentuh.
  4. Cuci kanta sentuh dengan larutan khas.
  5. Bersihkan bekas kanta sentuh setiap hari.
  6. Pastikan kuku pendek dan bersih.
  7. Jalani pemeriksaan mata secara berkala oleh optometris atau oftalmologist.
  8. Tanggalkan kanta sentuh dengan segera jika mata merah atau tidak selesa dan terus jumpa doktor

AMALAN YANG SALAH
JANGAN :
  1. Beli kanta sentuh tanpa nasihat pengamal yang terlatih.
  2. Pakai kanta sentuh semasa tidur.
  3. Bersihkan kanta sentuh dengan air paip, air suling atau air garam buatan sendiri.
  4. Pakai kanta sentuh semasa berenang.
  5. Guna air liur untuk basahkan kanta sentuh.
  6. Pakai kanta sentuh bila mata rasa sakit dan tidak selesa.
  7. Berkongsi kanta sentuh dengan orang lain.

Monday 13 April 2015

MATA KERING

Pengenalan
Mata kering adalah satu keadaan di mana terdapat kekurangan air mata untuk melembabkan dan menyuburkan mata. Air mata adalah perlu untuk mengekalkan kesihatan mata dan untuk memberi penglihatan yang jelas. Mereka yang mengalami mata kering adalah disebabkan oleh pengeluaran air mata yang kurang ataupun mempunyai air mata yang tidak  berkualiti. Mata kering adalah satu masalah  biasa yang kronik dialami terutamanya di kalangan orang dewasa yang lebih tua. Masalah ini boleh mengakibatkan gangguan pada permukaan mata dan seterusnya menyebabkan gejala yang kurang selesa serta memberi kesan terhadap kualiti hidup.
Dengan setiap kerdipan kelopak mata, air mata akan tersebar ke seluruh permukaan mata yang dikenali sebagai kornea.
Fungsi air mata
  • Membantu dalam memberikan pelinciran pada permukaan mata
  • Mengurangkan risiko jangkitan mata,
  • Mengeluarkan bendasing di mata dan
  • Menjaga permukaan mata agar licin serta rata.
Lebihan air mata akan mengalir ke dalam saluran air mata yang kecil terletak di sudut bahagian dalam kelopak mata dan seterusnya mengalir ke dalam hidung dan tekak.
Mata kering terjadi akibat dari ketidakseimbangan antara penghasilan dan pengaliran air mata keluar dari bahagian mata. Air mata dihasilkan oleh kelenjar air mata (lacrimal gland) dan beberapa kelenjar aksesori yang terdapat di sekitar kelopak mata.
Penghasilan air mata cenderung berkurangan disebabkan:
  • Peningkatan usia,
  • Masalah kesihatan (seperti artritis Rheumatoid),
  • Akibat kesan sampingan ubat-ubatan tertentu, dan
  • Keadaan persekitaran seperti angin dan iklim yang kering juga boleh menjejaskan jumlah air mata dengan peningkatan penyejatan air mata.
Apabila jumlah pengeluaran air mata berkurangan atau menyejat (evaporate) terlalu cepat dari mata, tanda-tanda mata kering boleh dirasai.
Air mata adalah terdiri daripada tiga lapisan:
  1. Lapisan minyak
    - Berfungsi untuk menghalang penyejatan lapisan air
  2. Lapisan air
    - Membentuk sebahagian besar komponen air mata bagi membekalkan oksigen dan nutrisi
  3. Lapisan lendir (mukus)
    - Berfungsi untuk penyebaran air mata yang sekata atas permukaan bola mata
Sekiranya air mata menyejat terlalu cepat atau tidak merebak sekata di atas permukaan bola mata, terutama bahagian kornea disebabkan kekurangan mana-mana lapisan air mata, gejala-gejala mata kering boleh terjadi.
Gambarajah menunjukkan lapisan  air mata
Penyebab Mata Kering
  • Umur 
    Mata kering adalah sebahagian daripada proses penuaan semula jadi. Majoriti mereka yang berumur 65 ke atas mungkin mengalami beberapa gejala mata kering.
  • Jantina
    Wanita adalah lebih cenderung mengalami mata kering akibat perubahan hormon yang disebabkan oleh kehamilan, penggunaan pil kontraseptif  dan menopaus.
  • Ubat
    Ubat-ubat tertentu, termasuk antihistamin, ‘decongestants’, ubat-ubatan darah tinggi dan antidepresan, boleh mengurangkan jumlah airmata yang dihasilkan.
  • Status kesihatan
    Pesakit yang mengalami artritis reumatoid, kencing manis dan masalah kelenjar Tiroid akan lebih cenderung mempunyai gejala-gejala mata kering.
  • Masalah struktur dengan kelopak mata
    Radang kelopak mata (blepharitis), radang permukaan mata, dan kecacatan kelopak mata (seperti entropion dan ectropion)  boleh menyebabkan terjadinya mata kering.
  • Keadaan persekitaran
    Pendedahan kepada asap, angin dan iklim yang kering boleh meningkatkan penyejatan airmata yang mengakibatkan gejala-gejala mata kering. Kegagalan berkelip secara tetap, seperti apabila merenung skrin komputer untuk tempoh yang lama, juga boleh menyumbang kepada kekeringan mata.
  • Faktor-faktor lain
    Tempoh yang lama bagi penggunaan kanta lekap boleh menjadi faktor penyumbang kepada terjadinya mata kering. Pembedahan mata refraktif, seperti LASIK juga boleh menyebabkan pengeluaran airmata berkurangan dan seterusnya menyebabkan mata kering.
Gejala-gejala mata kering
Apabila airmata tidak mencukupi untuk melincirkan permukaan bola mata, seseorang mungkin mengalami:
  • Mata sakit atau tidak selesa
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Terasa berpasir
  • Terasa seperti terdapat bendasing di dalam mata
  • Mata gatal
  • Mata merah
  • Kabur penglihatan
  • Mukus bertali di dalam mata
  • Mata berair




Saturday 11 April 2015

SOALAN LAZIM

Bila Perlu Berjumpa Dengan Doktor Mata?
Anda perlu mendapatkan pemeriksaan dari pakar mata (oftalmologis) sekiranya:
  • Anda mengalami hilang penglihatan sebahagian atau sepenuhnya padasatu atau kedua belah mata walaupun ianya berlaku untuk sementara waktu.
  • Anda mengalami kabur penglihatan atau hilang penglihatan secara tiba-tiba.
  • Anda melihat satu objek sebagai dua (double vision), walaupun ianya berlaku buat sementara.
  • Anda melihat objek lurus menjadi bengkok atau berombak.
  • Anda mengalami seperti ada langsir yang ditarik dihadapan mata anda dari atas,  bawah atau kiri dan kanan anda.
  • Anda mengalami titik buta atau hilang penglihatan di bahagian tengah atau gangguan pandangan dengan tiba-tiba.
  • Anda mengalami kabur penglihatan dengan tiba-tiba bersama dengan sakit pada mata dan merah. Mata merah yang sakit dengan kabur penglihatan adalah merupakan kes kecemasan.
  • Jangkitan mata biasa yang berpanjangan (selepas dirawat oleh dpktpr biasa > 2 minggu)
  • Masalah melihat di waktu malam atau semasa membaca
  • Masalah dalam membezakan warna
  • Masalah diabetik ataupun mempunyai sejarah diabetik didalam keluarga
  • Masalah mata gatal, berair dan bertahi (discharge)
  • Masalah kesihatan yang mungkin ada kaitan dengan pengambilan ubatan (JANGANberhenti atau tukar ubat sebelum mendapat konsultasi dari doktor anda)
Apa Yang Akan Dilakukan Semasa Di Klinik Mata?
Doktor mata akan:
  1. Melakukan ujian penglihatan
  2. Mengukur tekanan mata
  3. Lakukan pemeriksaan mata yang lengkap termasuk pengembangan anak mata
  4. Lakukan ujian atau prosedur yang perlu seperti ujian medan penglihatan, hess chart, refraksi dan lain-lain, bergantung kepada penemuan pemeriksaan.
Rawatan adalah bergantung kepada penyebab kabur penglihatan. Pembedahan mungkin disyorkan untuk kes–kes tertentu.
PERINGATAN: Akibat dari pengembangan anak mata, penglihatan anda akan kabur buat  sementara (4 hingga 5 jam). Adalah dinasihatkan tidak memandu dalam jangkamasa ini.
Anda dapat membantu doktor anda sekiranya anda dapat menerangkan tanda dan gejala dengan tepat.

Wednesday 8 April 2015

PENYEBAB PENGLIHATAN KABUR

Pengenalan

Kabur penglihatan akan terjadi sekiranya ada gangguan dalam  laluan cahaya dari bahagian hadapan mata iaitu kornea kebahagian belakang mata iaitu retina dan seterusnya saraf optik.  Sekiranya berlaku sebarang ketidaknormalan pada mana-mana bahagian mata termasuk saraf optik akan menyebabkan gangguan pada penglihatan.
Perubahan dalam penglihatan mungkin disebabkan oleh sesuatu yang tidak membimbangkan yang hanya memerlukan cermin mata bagi merawat perubahan tersebut, tetapi dalam sebahagian dari kes kabur penglihatan mungkin disebabkan oleh sesuatu yang agak serius yang memerlukan pemeriksaan mata yang menyeluruh untuk menentukan penyebabnya.
Penyebab
Masalah kabur penglihatan boleh disebabkan oleh:
  • Presbyopia 
Mengalami kesukaran untuk fokus pada objek yang dekat. Masalah ini biasanya dikesan ketika umur mencecah 35 - 40 tahun.
  • Katarak
Adalah dimana kanta menjadi gelap menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan silau. Ini adalah penyebab utama kabur penglihatan bagi golongan umur pertengahan.
  • Glaukoma 
Satu penyakit saraf optik yang kronik dan progresif dengan tekanan didalam mata yang tinggi dan dalam kebanyakan kes tidak menyebabkan sakit pada mata. Penglihatan pada mulanya  normal,  tetapi dengan masa anda mungkin mengalami gangguan penglihatan pada waktu malam, titik buta dan gangguan pada medan penglihatan. Glaukoma boleh terjadi secara tiba-tiba dan ini biasanya akan menyebabkan mata sakit dan merah.  Keadaan ini diklasifikasikan sebagai kes kecemasan.
  • Diabetik Retinopati dan / atau ‘Diabetic Macula Edema’
  • “Age related macula degeneration (AMD)”
Kehilangan penglihatan dibahagian tengah, kabur penglihatan terutama semasa membaca,  gangguan penglihatan (garisan lurus menjadi bengkok atau berombak) dan warna menjadi pudar. Ini adalah penyebab utama kabur penglihatan di kalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
  • Jangkitan kuman, radang dan kecederaan mata
  • “Floaters”
Partikel yang halus berterbangan dari dalam mata yang  mengganggu penglihatan dan mungkin keliru dengan masalah retina lekang (retinal detachment)
  • Rabun malam
  • Retina lekang (Retinal detachment)
Gejala termasuk “floaters”, “sparks or flashes of light” dari dalam mata, atau ternampak seperti langsir menutupi sebahagian dari medan penglihatan.
  • Radang saraf optik (Optic neuritis 
Radang pada saraf optik mungkin terjadi dari jangkitan kuman atau penyakit “multiple sclerosis”. Anda mungkin merasa sakit bila menggerakkan mata atau disentuh pada kelopak mata.
  • Angin ahmar dan TIA -Menyebabkan kehilangan ruang penglihatan, bergantung pada lokasi bahagian otak yang terlibat.
  • Barah otak-Menyebabkan kehilangan ruang penglihatan, bergantung pada lokasi bahagian otak yang terlibat.
  • Pendarahan didalam mata
  • Temporal arteritis” -Radang pada salur darah (arteri) yang membekalkan darah pada saraf optik.
  • Migrain -Anda mungkin nampak cahaya lampu, ”halus”, atau paten zigzag sebelum sakit kepala.

Monday 6 April 2015

PENGLIHATAN TERHAD - PART 2

Bagaimanakah mengesan sekiranya anda mengalami penglihatan terhad?
Pengesanan boleh dilakukan melalui:
  • Saringan penglihatan
  • Pemeriksaan penglihatan berkala dan komprehensif
  • Pemeriksaan penglihatan berkala kepada pesakit kronik seperti diabetes mellitus dan hipertensi


Apakah bantuan yang boleh dicadangkan sekiranya anda mengalami penglihatan terhad?
Bantuan yang boleh dicadangkan ialah rehabilitasi penglihatan terhad iaitu melibatkan:
  • Peralatan optikal contoh: kanta pembesar, teleskop


  • Peralatan bukan optikal contoh: penggunaan cahaya tambah, tiposkop, buku bercetakan besar,
  • panduan menulis, jam bernombor besar, keyboard berhuruf besar
  • Peralatan elektronik contoh: television litar tertutup (CCTV), alat elektronik mudah alih


  • Modifikasi persekitaran
  • Latihan Orientasi dan Mobiliti
  • Kaunseling

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya saya mengalami penglihatan terhad?
Sekiranya anda mengalami penglihatan terhad, sila dapatkan rehabilitasi penglihatan terhad dari Hospital Kerajaan, Hospital Daerah dengan pakar, Hospital Universiti, sesetengah Hospital swasta dan Klinik Penglihatan Terhad di Jabatan Optometri, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang mempunyai perkhidmatan rehabilitasi penglihatan terhad.

Apakan agensi-agensi lain yang boleh membantu?
Agensi-agensi lain yang boleh membantu:
  1. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
  2. Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia
  3. Lain-lain Pertubuhan Bukan Kerajaan

  • Persatuan Bagi Orang-orang Buta Malaysia (MAB)
  • Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)
  • St. Nicholas Homes Centre
  • Pertubuhan Bagi Orang-Orang Buta Sabah (SSB)
  • Pertubuhan Bagi Orang-Orang Buta Sarawak (SKSB)
Rujukan
-myhealth.gov.my

Saturday 4 April 2015

CERMIN TUKAR GELAP


LAGENDA OPTOMETRIST telah mempunyai STOK CERMIN TUKAR GELAP SEKARANG.. HARGA MURAH-MURAH. LAGENDA OPTOMETRIST BAGI HARGA KASIH SAYANG kepada semua pelanggan yang dihormati. CEPAT PAKAT MAI BUAT. SEKARANG MUSIM PANAS DENGAN ADANYA CERMIN TUKAR GELAP ANDA TIDAK PERLU kecilkan mata lagi.

p/s: Jangan lupa LIKE PAGE LAGENDA OPTOMETRIST

COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST