Tuesday, 27 January 2015

RABUN MATA

APAKAH RABUN MATA?
Rabun mata adalah keadaan di mana cahaya dari objek yang dilihat tidak difokuskan di atas retina.


KENAPA MATA MENJADI RABUN
Rabun mata adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan di antara panjang bola mata dengan kuasa kornea dan kanta mata.
JENIS-JENIS RABUN MATA
Terdapat 4 jenis Rabun Mata iaitu :

1. Miopia (Rabun Jauh)
Miopia atau pun Rabun Jauh terjadi jika mata hanya dapat melihat jelas benda-benda yang dekat. Keadaan di mana cahaya dari objek difokuskan di hadapan retina kerana bebola mata panjang.Oleh itu objek jauh kelihatan kabur sedangkan objek dekat kelihatan jelas.
Tanda-tanda Rabun Jauh :
a) Kabur bila melihat jauh. Contohnya: memandang papan hitam
b) Mengecilkan mata bila lihat jauh
c) Sakit kepala


2. Hiperopia (Rabun Dekat)
Hiperopia (Hipermetropi) atau pun Rabun Dekat hanya dapat melihat jelas objek yang jauh. Keadaan di mana cahaya dari objek difokuskan di belakang retina kerana bebola mata yang pendek.Oleh itu objek dekat kelihatan kabur sedangkan objek jauh kelihatan jelas.
Tanda-tanda Rabun Dekat:
a) Kabur bila membaca
b) Sakit kepala atau sakit mata
c) Mengecilkan mata semasa membaca
d) Mata terasa cepat letih bila melakukan kerja jarak dekat.


3. Astigmatism
Keadaan di mana permukaan kornea tidak rata dan cahaya dari objek difokuskan samada di belakang retina, di hadapan retina atau kedua-duanya sekali.Oleh itu objek akan kelihatan kabur dan herot- benyot oleh si penderita.
Tanda-tanda :-
Kabur penglihatan dan objek akan kelihatan herot-benyot, Silau, Sakit kepala

4. Presbiopia (rabun tua)
Keadaan di mana kanta mata kurang berupaya untuk memfokus objek dekat disebabkan oleh proses penuaan.Lazimnya bermula ketika umur menjangkau 40 tahun.
Tanda-tanda :-
Kabur bila membaca atau menjalankan kerja dekat

Saturday, 24 January 2015

MATA DAN PENGLIHATAN

KENALI MATA ANDA

STRUKTUR MATA ANDA


MATA YANG NORMAL
Ciri-ciri mata yang normal :
1. Penglihatan jauh yang jelas


Tahap penglihatan pada carta Snellen lebih baik dari 6/6 adalah normal

2. Penglihatan dekat lebih jelas (N5 @ 40sm)
3. Kedua-dua mata selari
4. Anak mata hitam

Anak mata jernih (tidak putih)


MASALAH MATA YANG BIASA

Penglihatan Kabur

Kelopok Mata Bengkak

Mata Bertahi

Mata Cedera

Mata Juling

Mata Merah



Masalah mata yang lain:
   Mata sakit, mata gatal, mata kering, mata berair, mata silau


COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST