5) KANSER MATA
Kanser mata sering berlaku kepada kanak - kanak ialah ‘retinoblasma’ . Penyakit ini sering berlaku kepada kanak - kanak ketika lahir sehingga berumur 8 tahun . Ia juga boleh berlaku secara spontanatau disebabkan faktor keturunan .
1) APAKAH GEJALA ATAU TANDA YANG DIALAMI OLEH KANAK - KANAK ?
* Juling , gangguan penglihatan , mata merah dan berair berterusan melebihi sebulan atau mungkin tiada gejala langsung .
* Ibu bapa mendapati perubahan kepada anak mata kanak - kanak itu mejadi putih dan tidak hitam seperti biasa .
* Ibu bapa mendapati perubahan anak mata yang dapat dilihat dalam gambar anak mereka yang diambil .
2) BAHAYAKAH KANSER MATA ?
* Berbahaya .
* Pesakit berisiko kehilangan penglihatan jika tidak dirawat dengan segera .
* Sel kanser daripada retina boleh merebak ke organ badan yang lain seperti soket mata dan otak melalui saraf optik .
3) APA RAWATAN UNTUK KANSER MATA ?
* Bergatung kepada perkembangan kanser .
* Boleh diberikan rawatan ‘cryotherapi’ jika dapat dikesan pada peringkat awal .
* Jika sel kanser sudah agak besar , bola mata terpaksa dibedah dan dikeluarkan untuk menyelamatkan nyawa pesakit .
Dipetik daripada buku PERIHALAH MATAMU oleh
PROF DR. MUHAYA MOHAMAD M.D PhD
No comments:
Post a Comment