Dalam keadaan perlu berjimat kita juga ingin BERGAYA dan mengikut trend TERKINI.
Kami kongsikan RAHSIA membeli Sunglasses untuk manfaat semua.
1. Warna Tinted cermin yang anda mahukan. Kebanyakan warna yang terdapat dipasaran adalah
a. gray / kelabu - memberikan efek pandangan 'redup'
b. brown / koko @ coklat - memberikan efek pandangan 'kontra dan cerah'
c. hijau G-15 dari Rayban - memberikan efek 'sejuk'
selain warna tinted ini seperti pink, purple, biru, merah, jarang2 digunakan dan lebih kepada fesyen.
Warna Tinted juga terdapat dalam bentuk 1 tona atau 2 tona .
2. Bingkai yang anda mahukan . Metal atau Plastik mengikut citarasa anda.
Bingkai Metal
Kelebihahan
adalah mempunyai nose pad yang boleh di ubah sekiranya si pemakai mempunyai batang hidung yang tidak sesuai menggunakan bingkai plastik.
Kelemahan
warna bingkai boleh luntur ikut kepada penjagaan dan kualiti jenama
Bingkai Plastik
Kelebihan
warnya tidak luntur dan lebih tahan lasak (bergantung pada penjagaan dan penggunaan)
Kelemahan
Pemakaiannya perlu selesa kerana tiada nose pad untuk di ubah.
3. Perlindungan UV
Kebanyakkan sunglasses yang di jual di kedai cermin mata atau praktis Optometrist mempunyai perlindungan UV yang merbahaya untuk mata. Pendedahan kepada UV untuk suatu jangka masa panjang boleh menyebabkan katarak pada mata.
4. Polaroid atau tidak bergantung kepada keperluan pemakai
Polaroid sunglasses mempunyai filter khas yang menghalang pantulan silau yang mengganggu penglihatan. Ia sangat sesuai digunakan oleh pemancing, pemandu, individu yang mempunyai masalah silau yang ketara.
5. Mirror Coating - Aksesori untuk mencantikkan penggayaan sunglasses anda.
6. Bentuk Muka.
Dapatkan bantuan dari teman yang hadir sekali semasa proses jual beli atau dapatkan nasihat terus dari jurujual yang melayan anda.
Saya sertakan carta kesesuain bentuk sunglasses mengikut bentuk muka anda.
7. Jenama yang anda inginkan.
Mengikut kemampuan anda. Fungsi sunglasses adalah meindungi mata anda dari pancaran UV yang berbahaya. Jenama terpulang kepada kegilaan anda, fesyen, trend terkini dan PROMOSI yang dianjurkan.
8. Membeli Masa PROMOSI.
Ini adalah taktik untuk dapatkan harga TERBAIK. Ini kerana Sunglass yang mengikut trend perlu selling fast untuk mengikut trend dan stok di pasaran. Sampai masa yang disesuai ia perlu di keluarkan dengan harga PROMOSI untuk masukkan stock yang baru.
Selamat membeli sunglasses Anda...
"PAKAR PENGLIHATAN ANDA"
No comments:
Post a Comment