Wednesday, 25 February 2015

SENARAI HOSPITAL KERAJAAN YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN OPTOMETRIST DI KEDAH

HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM
Jalan Lencongan Timur,
Bandar Aman Jaya,
08000 Sg. Petani, Kedah, Malaysia.
No Tel :+604 445 7333
No Fax :+604 448 0092
FB : Hospital Sultan Abdul Halim (FB Rasmi HSAH)

HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH

KM 6, Jalan Langgar,

05460, Alor Setar,

Kedah, Malaysia

TEL:+604 740 6233

FAX:+604 735 0232, +604 735 0233



HOSPITAL LANGKAWI


Bukit Tekuh, Jalan Padang Matsirat

07000 Langkawi

Kedah Darul Aman.


Tel :04-9663333

Fax :04-9660121


FB : Hospital langkawi

HOSPITAL KULIM
Jalan Mahang

Kulim Hi-Tech park

09000 Kulim, Kedah

Telefon : 04-4272733

 Faks : 04-4900760



HOSPITAL BALING
Jalan Hospital, 

09100 Baling,

Kedah Darul Aman. 

Tel : 04-4701333

Faks : 04-4701160 


Email : hbaling@moh.gov.my 


Tuesday, 24 February 2015

JOM KE LAGENDA OPTOMETRIST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera grin emoticon





Lakukan ujian saringan penglihatan secara PERCUMA di Lagenda Optometrist beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 9.30 malam dilakukan oleh Optometrist berpengalaman.

Pada setiap hari JUMAAT Lagenda Optometrist akan di TUTUP.

Untuk temujanji bolehlah hubungi 04-448 0643 atau datang terus ke alamat No. 35, Taman Tuanku Haminah, Jalan Kelab Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani.

Saturday, 21 February 2015

RABUN JAUH- PART 2

Kesan
Rabun jauh yang tidak dirawat akan menyebabkan ;
  1. Kanak-kanak akan menghidapi ambliopia / mata malas
  2. Pelajar sekolah akan mengalami kemerosotan pelajaran akibat tidak dapat melihat dengan jelas tulisan guru di papan hitam di dalam bilik darjah
  3. Individu tersebut mempunyai keyakinan diri yang rendah
  4. Keselamatan diri dan juga orang di sekelilingnya terjejas. Ini boleh menjadi serius terutama jika anda memandu kereta atau mengendalikan jentera berat.
  5. Mata cepat penat di mana anda akan mengecilkan mata untuk melihat objek pada jarak yang jauh seterusnya menyebabkan sakit kepala.
  6. Kualiti hidup terjejas di mana anda mungkin tidak dapat melaksanakan tugas dengan selesa.
Rawatan
Masalah rabun jauh boleh dirawat dengan ;
1.  Pemakaian cermin mata


2.  Pemakaian kanta lekap
Kanta lekap yang dipilih perlu mengikut kesesuaian mata pesakit dan sesetengahnya mampu memberikan anda penglihatan yang lebih jelas berbanding cermin mata

3.  Rawatan Orthokeratology
Rawatan di mana kanta lekap khas dipakai pada waktu malam bagi mengurangkan rabun jauh dengan mengubah bentuk kornea untuk tempoh masa yang tertentu. Apabila rawatan telah selesai, kanta lekap khas hanya dipakai pada waktu malam sementara pada siang hari anda boleh melihat jelas tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap.
4. Pembedahan refraktif
Pembedahan dilakukan oleh Pakar Oftalmologi di mana permukaan kornea diubah bentuknya bagi mengatasi masalah rabun jauh.

Thursday, 19 February 2015

RABUN JAUH- PART 1

Pengenalan
Rabun jauh merupakan sebahagian masalah kesihatan awam bagi seluruh masyarakat dunia sejak berdekad lalu. Sebagaimana di negara Asia seperti Singapura dan Taiwan didapati rabun jauh melibatkan 85% dan 90% daripada kalangan orang muda.
Manakala dalam kajian yang dijalankan terhadap murid sekolah di Malaysia, didapati prevalen rabun jauh bagi bangsa Cina adalah 42% dan Melayu 15%.
Rabun jauh adalah keadaan di mana cahaya yang masuk ke dalam mata terfokus di hadapan retina yang menyebabkan objek pada jarak jauh kelihatan kabur. Rabun jauh terjadi disebabkan bola mata yang terlalu panjang dan kuasa refraktif mata yang tinggi.

GEJALA/TANDA
Berikut adalah gejala atau tanda yang selalu dialami oleh individu yang mengalami rabun jauh ;
Rajah 2 : Bunga di hadapan kelihatan jelas sementara bunga-bunga di belakang kelihatan kabur
  1. Dapat melihat dengan jelas objek pada jarak dekat tetapi kabur bagi objek pada jarak yang lebih jauh
  2. Menonton TV pada jarak yang terlalu dekat
  3. Menggosok mata kerana objek yang dilihat tidak jelas
  4. Mata kerap berair
  5. Mengecilkan mata bagi melihat objek jarak jauh
  6. Membaca buku pada jarak yang sangat dekat(kurang dari 30 cm)
  7. Kerap sakit kepala.

Wednesday, 18 February 2015

SENARAI PAKAR MATA DI SUNGAI PETANI

HOSPITAL SWASTA

Klinik Pakar Mata Abdul Razak

ALAMAT : A41 & 42, Jalan 3A, Cinta Sayang Resort Homes, 08000 Sg Petani Kedah.


Pusat Pakar mata Dr. Huam

ALAMAT : A5, Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani,  
                 Kedah.
TEL          : +604-4252328

KLINIK PAKAR MATA DR RAZIB

METRO SPECIALIST HOSPITAL, SG PETANI
No 1, Lorong Metro, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia.
Telephone Number: 
604-4238888
Fax Number: 604-4234848
Webmail Address: http://www.hospitalmetro.com/
Email Address: metro@hospitalmetro.com

WAKTU KLINIK
Sun-Thur: 9am-5pm
Friday: 9am-1pm
Saturday: Closed
Public Holiday: Closed



Klinik Mata dan Pembedahan Sandhu 

ALAMAT : No. 3, Jalan Ibrahim, 08000 Sungai Petani,
                 Kedah.
TEL         : 044215089

HOSPITAL KERAJAAN

Hospital Sultan Abdul Halim
Jalan Lencongan Timur,
Bandar Aman Jaya,
08000 Sg. Petani, Kedah, Malaysia.
TEL : +604 445 7333




Monday, 16 February 2015

DAPATKAN KOLEKSI FRAME TERKINI SEKARANG!!

Hi Semua,


U-Blue dan De Image mempunyai kaki frame yang tebal dan sederhana tebal bagi yang gemar dengan fashion ia juga sesuai untuk digayakan. Kedua-dua frame ini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Diperbuat daripada plastik dan mempunyai jenis bingkai yang penuh.

Marilah ke Lagenda Optometrist untuk melihat, menyentuh dan mencubanya sendiri.



BINGKAI KHAS UNTUK BAYI

Hi semua,
Bayi pun boleh pakai cermin mata. Selalunya masalah dikesan sejak lahir. Antara faktornya masalah keturunan atau lahir pramatang yang mempunyai APHAKIA (ketiadaan kanta mata) ia dilakukan selepas selapuh dibuang.

Kami menyediakan bingkai khas untuk bayi.
Antara bayi yang perlu memakai cermin mata adalah
1. Bayi yang telah menjalani pemedahan selaput/katarak kongenital dan gagal untuk memakai kanta lekap@ berhenti memakai kanta lekap atas faktor tertentu.

2.Berumur 6 bulan ke atas dan mempunyai kesalahan refraksi mata -5.00ds ke atas

Dapatkan nasihat oleh oftalmologist@pakar mata dan pemeriksaan oleh Optometrist bertauliah.

Saturday, 14 February 2015

PANDUAN MEMILIH BENTUK BINGKAI CERMIN MATA

Hi semua,

Hari ni saya nak kongsi dengan anda di luar sana tentang pemilihan bentuk bingkai cermin mata yang bersesuai dengan bentuk muka anda.

Terlalu banyak bingkai cermin mata yang ada kat pasaran. Yang peningnya,mana satu nak pilih, kan?  Memanglah kita boleh tengok muka sendiri dekat cermin yang ada di kedai tapi lagi best kalau ada kawan atau pasangan yang beri pendapat untuk memilih cermin kita.

Sebab tu bila pergi kedai cermin mata atau Pusat Optometri dinasihatkan untuk anda pergi bersama kawan atau minta pendapat Optometri masa nak pilih bingkai cermin mata. Tapi ada juga yang boleh buat keputusan sendiri. Pilih ja mana yang anda yakin sesuai untuk anda.

Baiklah, bagaimana memilih bingkai cermin mata yang sesuai untuk muka anda?















Thursday, 12 February 2015

PENJAGAAN MATA SEMASA BEKERJA DI PEJABAT

Penjagaan Mata Semasa Bekerja Di Pejabat
Di dalam dunia yang serba maju ini, menggunakan komputer dalam melakukan kerja-kerja di pejabat memang tidak dapat dielakkan. Mata pula merupakan deria utama yang terlibat semasa menggunakan komputer. Walaubagaimanapun ramai di antara kita tidak sedar bahawa penggunaan komputer yang berterusan secara tidak langsung boleh mengakibatkan ketegangan pada mata.
Pada masa yang sama akan menyebabkan tubuh badan menjadi penat dan letih terutama di bahagian kepala hinggalah ke aras pinggang. Sering kita dengar, mereka yang bekerja di pejabat mengadu sakit mata, sakit kepala, kabur penglihatan, silau, penglihatan berganda, mata kering serta sakit leher dan bahu semasa bekerja.
Semua gejala tadi menunjukkan kita mungkin mengalami keadaan yang dikenali sebagaiComputer Vision Syndrome (CVS). Sekerap mana individu mengalami gejala-gejala tersebut bergantung kepada tahap keupayaan penglihatan  mereka dan masa yang diluangkan semasa menggunakan komputer.
Keadaan ini seterusnya boleh mengakibatkan penurunan produktiviti dan peningkatan kesilapan di tempat kerja.
Terdapat beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan apabila bekerja menggunakan komputer. Walaupun nampak remeh tetapi hal ini sangat penting untuk mengurangkan serta mencegah Computer Vision Syndrome (CVS).
Faktor-faktor tersebut termasuklah pencahayaan di dalam bilik, keselesaan kerusi yang digunakan, lokasi bahan-bahan rujukan, jarak daripada skrin komputer, silau pada skrin komputer, postur badan ketika menggunakan komputer, rehat yang mencukupi, sudut bahagian kepala apabila menggunakan komputer, kekerapan berkelip serta masalah penglihatan yang sedia ada.
Salah satu atau gabungan kesemua ini boleh menyebabkan ketegangan pada mata jika tidak dipraktikkan  dengan cara yang betul. Pastikan pencahayaan di dalam bilik adalah selesa pada mata. Kedudukan komputer haruslah betul untuk mengelakkan silau terutamanya dari lampu overhead atau tingkap.
Penggunaan tirai atau langsir pada tingkap dan menggantikan mentol lampu meja dengan kuasa yang lebih rendah merupakan satu pilihan yang lebih baik. Keletihan mata akibat penggunaan komputer akan bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam pejabat. Sepatutnya, pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlulah separuh lebih malap dari, cahaya lampu yang biasa digunakan di pejabat.
Jika tidak ada cara untuk mengurangkan silau daripada  sumber cahaya, pertimbangkan penggunaaan penapis silau pada skrin komputer. Penapis ini mengurangkan jumlah cahaya yang terpantul daripada skrin komputer. Elakkan warna dinding bilik yang terang, seperti putih. Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta  anda mempunyai lapisan anti-silau untuk meminimumkan kesan silau pada mata.
Bagi sesetengah kes, individu yang tidak menggunakan cermin mata mungkin memerlukan preskripsi cermin semasa bekerja. Kanta yang digunakan  itu haruslah mempunyai rekabentuk, kuasa ataupun lapisan anti-silau untuk mengoptimumkan penglihatan dan keselesaan semasa melihat komputer. Dapatkan informasi daripada Optometris yang berhampiran tentang kanta khas ini.
Gunakan kerusi yang selesa serta mengikut bentuk badan. Jika kerusi anda mempunyai“arm rest”, perlulah diselaraskan agar dapat memberi sokongan pada lengan ketika sedang menaip. Kerusi yang selesa dan mempunyai sokongan untuk leher dan bahagian belakang dapat membantu mengelakkan ketegangan leher dan bahu semasa menggunakan komputer di pejabat.
Bahan-bahan rujukan pula perlu ditempatkan di atas papan kekunci dan di bawah monitor. Jika cara ini tidak boleh dilakukan, pemegang dokumen boleh digunakan di sebelah monitor.  Letakkan bahan rujukan searas dan sedekat yang mungkin dengan skrin komputer. Matlamatnya adalah supaya kita tidak perlu menggerakkan kepala dan mata  ke kiri atau ke kanan, ke depan atau ke belakang untuk melihat dokumen dan skrin. Hal ini dapat mengelakkan keletihan pada otot-otot mata kita.
Laraskan kawasan kerja dan komputer sesuai dengan keselesaan kita. Pastikan postur badan adalah betul semasa duduk. Letakkan skrin komputer anda 16 hingga 30 inci daripada mata anda. Skrin komputer haruslah berada di bawah sedikit dari paras mata.
Kedudukan skrin komputer penting supaya kepala anda berada dalam kedudukan yang natural dan selesa semasa bekerja. Secara optimum, skrin komputer seharusnya 15 hingga 20 darjah di bawah paras mata. Berada terlalu dekat dengan monitor/skrin memang sedikit membahayakan mata kita.
Rajah 1 : Kedudukan mata yang betul semasa bekerja

Untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata, rehatkan mata kita selepas menggunakan komputer untuk jangka masa yang lama. Setelah otot-otot mata memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit.
Satu latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. Ulangi selama 4-5 kali. Latihan ini penting supaya otot-otot mata tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan.
Selain itu, buat kerja-kerja alternatif lain yang tidak memerlukan mata kita melihat dekat. Contohnya, seperti membuat panggilan telefon, membuat salinan fotokopi, berunding dengan rakan sekerja dan sebagainya. Disamping itu, semasa berehat, lakukan regangan bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot yang terlibat.
Untuk mengelakkan mata kering  ketika  menggunakan komputer, kita haruslah kerap berkelip. Berkelip dengan kerap akan memastikan mata kita sentiasa berkeadaan lembap. Antara latihan yang boleh dilakukan adalah dengan mengelipkan mata secara perlahan-lahan (seperti bersedia  untuk tidur) sehingga menutup mata seluruhnya setiap 20 minit penggunaan komputer. Ulang sebanyak 10 kali dan seterusnya sambung kerja semula.
Keadaan mata kering boleh menjadi lebih teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin. Pengguna komputer juga boleh menggunakan ‘artificial tears’ jika mata terasa kering dan berpasir untuk melembapkan mata kita.
Darjah keterangan, kontras serta warna latar belakang pada komputer perlulah sesuai dengan tahap penglihatan kita. Saiz font yang digunakan hendaklah tidak terlalu kecil. Objek atau tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata. Sebagai contoh, tulisan hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang. Elakkan warna latar belakang yang gelap, ataupun pelbagai.
Pemeriksaan mata secara teliti pada setiap tahun untuk pengguna komputer adalah satu kemestian. Pemeriksaan ini adalah penting untuk mencegah Computer Vision Syndrome (CVS) dan sekaligus  mengesan masalah rabun, mata kering dan masalah kesihatan mata yang lain. Pastikan cermin mata anda memenuhi permintaan kerja anda.
Beritahu Optometris mengenai bidang tugas anda dan minta nasihat daripada mereka berkenaan kanta khas yang boleh dipakai semasa menggunakan komputer. Pemeriksaan mata yang kerap dan amalan  mengendalikan komputer yang betul boleh membantu untuk mencegah atau mengurangkan gejala-gejala yang dikaitkan dengan Computer Vision Syndrom.
Kebanyakan gejala visual yang dialami oleh pengguna komputer hanya bersifat sementara dan akan berkurang selepas berhenti menggunakan komputer. Walau bagaimanapun, terdapat individu yang mungkin mengalami masalah penglihatan yang berterusan, walaupun selepas berhenti menggunakan komputer.
Antara yang sering terjadi adalah kabur penglihatan jauh atau dekat dan apabila menukar fokus dari jauh ke dekat atau sebaliknya. Jika tiada tindakan diambil untuk menangani punca masalah ini, gejala-gejala ini  akan terus berulang dan mungkin akan menjadi lebih teruk ketika penggunaan komputer pada masa akan datang.
Selain daripada itu, bersihkan skrin komputer anda dengan kerap. Habuk dan cap jari juga boleh mengurangkan kejelasan. Amalan diet yang seimbang juga dapat membantu. Makanan yang kaya dengan “lutien” seperti telur, lobak merah dan avokado adalah baik untuk mata kita. Banyakkan minum air kosong terutama yang mengamalkan minuman kopi kerana kafein boleh menyebabkan mata kering. 
Segala cadangan diharap dapat membantu mengurangkan ketegangan mata agar kita dapat bekerja dengan lebih efisien tanpa menjejaskan produktiviti kerja kita.
Rujukan
  1. Protecting Your Eyes at Work, Computer Vision Syndrome, American Optometric Association

Monday, 9 February 2015

KOLEKSI TERKINI MASARATA!!

Hi semua,


Masarata Mellisa mempunyai kaki frame yang halus dan nipis bagi yang tidak gemar dengan kaki frame besar dan tebal ia juga terdapat tiga jenis bingkai iaitu bingkai penuh, separuh bingkai dan tiada bingkai. Diperbuat daripada Pure Titanium Swarovski yang asli. Masarata Mellisa ini sesuai untuk wanita sahaja.

Marilah ke Lagenda Optometrist untuk melihat, menyentuh dan mencubanya sendiri.

Saturday, 7 February 2015

PEMBEDAHAN REFRAKTIF LASIK (LASER)

Pengenalan
Penglihatan yang terang adalah hasil dari cahaya yang melalui kornea, pupil dan kanta seterusnya akan difokus pada retina. Sekiranya kornea tidak sekata atau terlalu tajam (steep) atau leper (flat) berbanding dengan panjang mata, pancaran cahaya akan focus samada dihadapan atau dibelakang retina. Ini menyebabkan berlakunya rabun jauh, rabun dekat dan astigmatism.
Pembedahan refraktif merujuk kepada beberapa prosedur pembedahan yang digunakan untuk membetulkan masalah penglihatan. Pembedahan refraktif bekerja dengan mengubah bentuk kornea, dengan itu cahaya dapat difokus secara terus ke retina. Dalam kebanyakkan kes, pesakit tidak lagi perlu menggunakan cermin mata atau kanta sentuh atau kuasa cermin mata/ kanta sentuh dapat dikurangkan dengan signifikan.
Terdapat beberapa jenis pembedahan refraksi seperti  LASIK, PRK, dan Phakic IOL. Prosedur yang paling popular ialah LASIK.
Lasik
LASIK (laser-assisted in situ keratomileusis) adalah satu prosedur yang dapat dipercayai dan tidak sakit untuk memulihkan tahap penglihatan dengan mengurangkan atau menghapuskan pergantungan kepada cermin mata atau kanta sentuh.
LASIK mengubah cara cahaya dibiaskan semasa melalu kornea, dengan itu cahaya dapat difokuskan keatas retina dan seterusnya objek dapat dilihat dengan jelas.
LASIK telah mendapatkan kelulusan dari Food and Drug Administration untuk  merawat rabun jauh, rabun dekat dan astigmatism.
Prosedur LASIK tradisional, satu alat yang dipanggil mikrokeratom digunakan untuk memotong satu flap yang nipis pada permukaan  kornea. Pesakit akan diberi bius, dengan itu mereka tidak dapat merasa alat yang digunakan. Kemudian, flap akan  diangkat dan laser excimer digunakan untuk membentuk  kelengkungan kornea untuk memulihkan penglihatan. Akhir sekali, flap diletakkan kembali ketempat asal untuk menutup luka tanpa jahitan.
Prosedur ini mengambil masa hanya 10 minit bagi sebelah mata, walaubagaimanapun pesakit perlu bersedia untuk berada di pusat laser selama lebih kurang 1 jam.pesakit akan dibenarkan pulang ke rumah dan berehat selepas prosedur dilakukan. Pesakit dinasihatkan untuk dating bagi rawatan susulan keesokan harinya dan mengikut temujanji yang diberi.
Priskripsi ubat titis mata (Antibiotik dan steroid) akan diberi bersama arahan selepas pembedahan. Mata akan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa minggu.
Indikasi
  1. Rabun jauh
  2. Rabun dekat
  3. Astigmatism
Kontraindikasi
  1. Pembiasan yang tidak stabil
  2. Penipisan kornea
  3. Penyakit yang boleh memberi kesan kepada proses penyembuhan luka pada kornea
  4. Penyakit “Systemic collagen vascular”
  5. Immunodeficiency
  6. Penyakit Autoimmune
  7. Atopi yang serius
  8. Diabetes mellitus
  9. Mata kering yang serius
  10. Blepharitis ysng tak terkawal
  11. Uveitis
  12. Katarak
  13. Pesakit yang hamil atau yang mengambil amiadarone
Doktor akan memeriksa mata untuk melihat sama ada ia sesuai untuk pembedahan refraktif laser berdasarkan jumlah kesilapan refraktif, penemuan pemeriksaan okular dan apa-apa yang sedia ada atau kontra perubatan
Penilaian Sebelum Pembedahan
Penilaian sebelum pembedahan yang perlu dijalankan ialah:
  1. Sejarah mata dan perubatan  yang lengkap
  2. Pemeriksaan mata yang lengkap
  3. Pemeriksaan topografi adalah penting
  4. Pemeriksaan ketebalan kornea
  5. Pengukuran saiz anak mata dan pergerakan bola mata
  6. Refraksi
  7. Penilaian koyakkan filem mata dan permukaan okular
Kanta sentuh tegar perlu dikeluarkan untuk beberapa minggu sebelum peperiksaan dan kanta sentuh lembut selama beberapa hari untuk minggu sebelum peperiksaan. Pembiasan harus stabil sebelum pembedahan Lasik.
Sebelum prosedur, persetujuan perlu diperolehi daripada pesakit
Kesan Sampingan dan Komplikasi Lasik
Berikut merupakan kemungkinan kesan sampingan dan komplikasi
  1. Perubahan yang terlebih satau terkurang
  2. Mata kering
  3. “Night time starbursts”
  4. Pengurangan dalam kontras sensitiviti
  5. Komplikasi yang berkaitan dengan  flap LASIK flap: tertanggal, tidak lengkap,berlubang, berkedut/berlipat atau hilang/salah tempat
  6. “Diffuse lamellar keratitis”
  7. Jangkitan kuman
  8. “Epithelial ingrowth”
Komplikasi yang serius yang membawa kepada kehilangan kekal visual, jarang berlaku tetapi berpotensi boleh berlaku
Penjagaan Selepas Pembedahan
Pesakit mungkin merasa tidak selesa selama  hingga 6 jam selepas menjalani prosedur LASIK. Dalam masa tersebut pesakit seharusnya menutup mata, rehat ataupun tidur.
  1. Ubat titis mata (antibiotik dan steroid) akan diberi selepas pembedahan
  2. Air mata palsu tanpa bahan  pengawit untuk beberapa minggu  atau bulan bergantung pada gejala mata kering
  3. Refraksi akan stabil bagi kes myopia dalam tempoh 3 bulan bergantung kepada jumlah rawatan yang dijalankan
  4. Rawatan susulan (enhancement) dapat dijalankan selepas ujian refraksi stabil bagi kes dimana masalah rabun tidak dapat dirawat sepenuhnya pada kali pertama.
Hasil dari Prosedur Lasik
Bagi pembetulan myopia yang rendah atau sederhana, kajian menujukkan LASIK adalah satu prosedur yang berkesan dan dapat dijangka akan menghasilkan tahap penglihatan yang bagus dan optimum serta selamat. Bagi tahap myopia yang lebih tinggi, keputusannya berbeza-beza.
Photorefractive Keratectomy (PRK)
PRK bermaksud “photorefractive keratectomy”. Ia merupakan pembedahan laser refraktif  yang pertama diluluskan oleh FDA dalam tahun 1997.
PRK menggunakan laser excimer seperti yang digunakan dalam pembedahan LASIK. Perbezaannya ialah pembentukan semula (reshaping) kornea dibawah flap yang dilakukan dalam prosedur LASIK, manakala dalam PRK prosedur ini dijalankan diatas permukaan kornea. Disebabkan ini, pesakit akan mengalami lelasan (abrasion) pada permukaan kornea yang akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh berbanding dengan prosedur LASIK. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan kornea dan memberi keselesaan pada pesakit selepas prosedur "bandage contact lens" diletakkan pada mata selama 4 hingga 5 hari. Tahap penglihatan akan bertambah baik dalam seminggu hingga sepuluh hari dan mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk mencapai hasil yang optima.
PRK adalah prosedur yang seakan LASIK untuk merawat beberapa jenis rabun, tetapi pesakit akan merasa kurang selesa selepas menjalani prosedur PRK. Bagi kebanyakkan pesakit ini merupakan satu pilihan pembedahan refraktif yang ada.
COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST