Sunday 28 February 2016

14 JENIS - JENIS PENYAKIT MATA (BAHAGIAN 2)




2) KATARAK

Katarak adalah penyakit yang menyebabkan kanta mata menjadi KABUR dan menyebabkan penglihatan TIDAK JELAS atau BUTA . Penyakit ini boleh mengganggu pada penglihatan serta menyebabkan mata tidak dapat melihat dengan baik dan lebih teruk ketika melakukan aktiviti pada waktu malam. Katarak sering berisiko pada umur 40 tahun dan ke atas dan boleh berlaku sejak zaman kanak-kanak . PENYEBAB KATARAK * Sakit atau pedih pada bahagian belakang mata * Gangguan penglihatan yang berlaku dalam tempoh sementara atau lebih lama. * Tidak dapat mengenal perubahan warna . RAWATA KATARAK * Memakai cermin mata . * Pembedahan perlu dilakukan jika katarak sudah mengganggu penglihatan .

Dipetik daripada : PROF DR. MUHAYA MOHAMAD M.D , Phd

Thursday 25 February 2016

14 JENIS - JENIS PENYAKIT MATA (BAHAGIAN 1)

Mata adalah organ teras untuk semua makhluk hidup. Dari mata kita boleh melihat isi dunia dan melakukan pelbagai jenis aktiviti. Namun mata juga seperti organ tubuh lain yang boleh terdedah kepada penyakit dan fungsinya mengalami penurunan. Ada berbagai jenis penyakit mata yang boleh menyerang siapa saja termasuk bayi, kanak-kanak, remaja hingga orang lanjut usia. Berikut ini adalah beberapa jenis penyakit mata yang sangat umum.

1. Degenerasi Makula


Degenerasi makula adalah sebuah penyakit mata yang menyerang pada bahagian makula sehingga menyebabkan mata tidak dapat melihat dengan jelas atau penglihatan kabur. Makula merupakan sebuah organ kecil pada mata yang terletak di bahagian belakang mata dan berfungsi untuk menghantar isyarat gambar dari mata ke bahagian otak. Penyakit ini paling sering berlaku pada orang tua.

Gejala Degenerasi Makula
  • Penglihatan mata menjadi kabur atau tidak fokus
  • Adanya garis gelombang dalam penglihatan
  • Tidak dapat mengenal warna dengan baik
  • Memerlukan cahaya yang sangat terang untuk membaca
  • Sukar untuk mengenali wajah
  • Tidak boleh melihat warna cerah
  • Mengalami halusinasi dalam melihat warna dan gelombang cahaya
Punca Degenerasi Makula
  • Pertambahan usia yang biasanya berlaku pada orang tua dengan usia lebih dari 65 tahun.
  • Adanya riwayat keluarga yang mengalami degenerasi makula
  • tabiat merokok
  • obesiti
  • Riwayat penyakit jantung dan kolesterol tinggi
  • Terlalu banyak pengambilan sayur dan buah-buahan seperti diet hanya dengan pengambilan sayur dan buah-buahan.
Rawatan dan Cara Mencegah Degenerasi Makula
Tidak ada rawatan yang dapat mencegah degenerasi makula yang sudah terjadi. Namun untuk penyakit ini boleh dicegah sebelum berlaku iaitu dengan cara:
  • Pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak mengandungi antioksida dan vitamin seperti lobak merah, brokoli, kacang, kangkung dan bayam.
  • Pengambilan jenis makanan yang banyak mengandungi lemak sihat seperti minyak zaitun, ikan salmon, ikan tuna dan semua jenis ikan yang banyak mengandungi omega 3.
  • Pengambilan pelbagai jenis biji-bijian seperti gandum.
  • Menjaga berat badan untuk mengelakkan obesiti dan cuba untuk berhenti merokok.

Dipetik daripada CENTER OF RELIABLE HEALTH INFORMATION

Wednesday 17 February 2016

FIT OVER POLARIZED



Cuaca panas !!!! Lindungi MATA anda daripada cahaya UV yang MERBAHAYA dengan fit over polarized MAMPU milik hari ini juga!!!
Manfaat untuk ANDA:
* Penglihatan akan lebih selesa . * Mata akan lebih relax . * Lindung mata daripada UV yang boleh menyebabkan KATARAK.
HANYA RM 55.00 sahaja.
Dapatkan hari ini juga sementera stok masih ada. WAKTU PERNIAGAAN:
Buka : SABTU - KHAMIS Jam : 10:00 pagi - 9:30 malam
No. 35 , JALAN KELAB CINTA SAYANG , TAMAN TUANNKU HAMINAH , 08000, SUNGAI PETANI , KEDAH .
COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST