Thursday 25 February 2016

14 JENIS - JENIS PENYAKIT MATA (BAHAGIAN 1)

Mata adalah organ teras untuk semua makhluk hidup. Dari mata kita boleh melihat isi dunia dan melakukan pelbagai jenis aktiviti. Namun mata juga seperti organ tubuh lain yang boleh terdedah kepada penyakit dan fungsinya mengalami penurunan. Ada berbagai jenis penyakit mata yang boleh menyerang siapa saja termasuk bayi, kanak-kanak, remaja hingga orang lanjut usia. Berikut ini adalah beberapa jenis penyakit mata yang sangat umum.

1. Degenerasi Makula


Degenerasi makula adalah sebuah penyakit mata yang menyerang pada bahagian makula sehingga menyebabkan mata tidak dapat melihat dengan jelas atau penglihatan kabur. Makula merupakan sebuah organ kecil pada mata yang terletak di bahagian belakang mata dan berfungsi untuk menghantar isyarat gambar dari mata ke bahagian otak. Penyakit ini paling sering berlaku pada orang tua.

Gejala Degenerasi Makula
  • Penglihatan mata menjadi kabur atau tidak fokus
  • Adanya garis gelombang dalam penglihatan
  • Tidak dapat mengenal warna dengan baik
  • Memerlukan cahaya yang sangat terang untuk membaca
  • Sukar untuk mengenali wajah
  • Tidak boleh melihat warna cerah
  • Mengalami halusinasi dalam melihat warna dan gelombang cahaya
Punca Degenerasi Makula
  • Pertambahan usia yang biasanya berlaku pada orang tua dengan usia lebih dari 65 tahun.
  • Adanya riwayat keluarga yang mengalami degenerasi makula
  • tabiat merokok
  • obesiti
  • Riwayat penyakit jantung dan kolesterol tinggi
  • Terlalu banyak pengambilan sayur dan buah-buahan seperti diet hanya dengan pengambilan sayur dan buah-buahan.
Rawatan dan Cara Mencegah Degenerasi Makula
Tidak ada rawatan yang dapat mencegah degenerasi makula yang sudah terjadi. Namun untuk penyakit ini boleh dicegah sebelum berlaku iaitu dengan cara:
  • Pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak mengandungi antioksida dan vitamin seperti lobak merah, brokoli, kacang, kangkung dan bayam.
  • Pengambilan jenis makanan yang banyak mengandungi lemak sihat seperti minyak zaitun, ikan salmon, ikan tuna dan semua jenis ikan yang banyak mengandungi omega 3.
  • Pengambilan pelbagai jenis biji-bijian seperti gandum.
  • Menjaga berat badan untuk mengelakkan obesiti dan cuba untuk berhenti merokok.

Dipetik daripada CENTER OF RELIABLE HEALTH INFORMATION

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST