ABOUT US

Lagenda Optometrist telah di daftarkan pada 17 November 2012 yang diasaskan oleh Puan Amalia Binti Shukor. Beliau merupakan seorang graduan lepasan UKM yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Optometri sesi 2003-2007. Beliau mempunyai pengalaman bekerja di Praktis Optometrist swasta selama dua tahun iaitu hujung 2007 higga awal 2009 dan pengalaman bekerja di Klinik Mata Hospital Sultan Abdul Halim March 2009 hingga September 2013 dan meletakkan jawatan untuk fokus di praktis sendiri.

Optometrist merupakan golongan profesional yang bertindakan sebagai barisan hadapan penjagaan mata yang menitik beratkan mata dan struktur yang berkaitan dengan mata, penglihatan, sistem visual dan pemprosesan maklumat penglihatan dalam manusia. Optometrist juga berhubung dengan beberapa golongan professional yang lain seperti oftalmogoist (doktor pakar mata), neurologist (doktor pakar saraf) dan juga optician (juruoptik) bagi menyediakan penjagaan mata yang sempurna kepada komunitinya.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
1. Penjagaan optometri Primer
    - Ujian penglihatan pada Kanak-kanak seawal 3 tahun
    - Ujian penglihatan jauh
    - Ujian penglihatan dekat
    - Refraksi Objektif dan Subjektif (menentukan kuasa refraksi mata)
    - Pemeriksaan bahagian hadapan mata
    - Ujian katup (menetukan juling)
    - Ujian Warna
2. Pemeriksaan mata oleh Optometrist bertauliah
3. Program "Pencegahan Awal" untuk pelajar-pelajar berumur 4,5 dan 6 tahun melalui saringan penglihatan.
4. Membekalkan cermin mata melalui badan kebajikan/koperasi dan NGO
5. Membekalkan cermin mata khas untuk bayi/kanak-kanak berkeperluan khas/kanak-kanak istimewa.
6. Saringan penglihatan PERCUMA dan Promosi Bergerak melalui penyertaan program-program yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu.
7.“Home service” melakukan pemeriksaan mata terus di rumah berdasarkan permintaan dan temujanji
8. Rujukan Pakar mata sekiranya perlu

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST