Saturday 5 March 2016

14 JENIS - JENIS PENYAKIT MATA (BAHAGIAN 3)

3) GLAUKOMA
 Glaukoma ialah sejenis penyakit mata yang menyebabkan tekanan mata meningkat dengan tinggi dan mengakibatkan kerosakan pada saraf mata . Glaukoma yang tidak dirawat akan menyebabkan kebutaan . Glaukoma terbahagi kepada dua jenis iaitu glaukoma akut dan glaukoma kronik .
Glaukoma akut akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan menyebabkan kebutaan dan harus dirawat segera . Glaukoma kronik pula tidak akan memberikan rasa sakit walaupun sedikit tetapi boleh menyebabkan kebutaan secara perlahan dan selalunya berlaku kepada golongan yang berumur 50 tahun ke atas .
APAKAH GEJALA GLAUKOMA ?
Glaukoma Akut : 1) Kemerahan pada mata . 2) Mudah di kesan kerana rasa sakit yang amat sangat selain mata menjadi merah .
Glaukoma Kronik : 1) Berlaku tanpa dikesan kerana tiada tanda - tanda yang jelas . 2) Kadang kala penglihatan menjadi kabur . 3) Selalu menukar cermin untuk membaca tetapi masih terasa tidak selesa walaupun telah berkali - kali menukar cermin mata .
BAGAIMANAKAH GLAUKOMA MENYEBABKAN KEBUTAAN ?
1) Tekanan mata yang tinggi menyebabkan tekanan pada saraf optik di dalam mata . 2) Mengakibatkan gangguan kepada peredaran darah ke saraf optik . 3) Saraf optik penting untuk menyampaikan cahaya dari mata ke otak kerana itu jika saraf mata mengalami kerosakan , maka akan mengalami kebutaan .
SIAPAKAH YANG MUDAH DIHIDAPI GLAUKOMA ?
1) Golongan yang berumur melebihi 45 tahun . 2) Juga boleh berlaku kepada golonga muda yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit glaukoma .
BOLEHKAH GLAUKOMA DIHIDAPI OLEH KANAK - KANAK ?
1) Glaukoma memang boleh berlaku kepada kanak - kanak termasuk yang baru lahir . 2) Biasanya berlaku selepas kanak - kanak itu berumur beberapa tahun .
APAKAH RAWATAN UNTUK GLAUKOMA KRONIK ?
1) Boleh dirawat dengan pelbagai jenis ubat titis yang amat mudah memberi kesan samping yang amat minima . 2) Jika tekanan mata tidak dapat dipulihkan , maka pembedahan harus dilakukan .

Dipetik daripada PROF DR. MUHAYA MOHAMD M.D , Phd

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST