Tuesday 22 March 2016

14 JENIS - JENIS PENYAKIT MATA (BAHAGIAN 5)

5) KANSER MATA
Kanser mata sering berlaku kepada kanak - kanak ialah ‘retinoblasma’ . Penyakit ini sering berlaku kepada kanak - kanak ketika lahir sehingga berumur 8 tahun . Ia juga boleh berlaku secara spontanatau disebabkan faktor keturunan .
1) APAKAH GEJALA ATAU TANDA YANG DIALAMI OLEH KANAK - KANAK ?
* Juling , gangguan penglihatan , mata merah dan berair berterusan melebihi sebulan atau mungkin tiada gejala langsung . * Ibu bapa mendapati perubahan kepada anak mata kanak - kanak itu mejadi putih dan tidak hitam seperti biasa . * Ibu bapa mendapati perubahan anak mata yang dapat dilihat dalam gambar anak mereka yang diambil .
2) BAHAYAKAH KANSER MATA ?
* Berbahaya . * Pesakit berisiko kehilangan penglihatan jika tidak dirawat dengan segera . * Sel kanser daripada retina boleh merebak ke organ badan yang lain seperti soket mata dan otak melalui saraf optik .
3) APA RAWATAN UNTUK KANSER MATA ?
* Bergatung kepada perkembangan kanser . * Boleh diberikan rawatan ‘cryotherapi’ jika dapat dikesan pada peringkat awal . * Jika sel kanser sudah agak besar , bola mata terpaksa dibedah dan dikeluarkan untuk menyelamatkan nyawa pesakit .

Dipetik daripada buku PERIHALAH MATAMU oleh PROF DR. MUHAYA MOHAMAD M.D PhD

Monday 7 March 2016

14 JENIS - JENIS PENYAKIT MATA (BAHAGIAN 4)

4) JULING

Masalah kejulingan bukan sahaja menjejaskan keupayaan mata untuk melihat dengan jelas malah menjejaskan rupa paras seterusnya mempengaruhi keyakinan diri seseorang . mereka yag mempunyai masalah itu lazimnya akan merasa rendah diri , kurang yakin dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat .
ADAKAH JULING SEJAK LAHIR BOLEH DIRAWAT ?
Boleh tetapi bergantung kepada sebab kejulingan tersebut .
ADAKAH PEMBEDAHAN UNTUK MEMBETULKAN KEJULINGAN MATA DIBENAR DALAM ISLAM ?
1) Boleh kerana juling merupakan satu penyakit yang boleh dirawat . 2) Jika kecacatan seperti juling akan menimbulkan rasa rendah diri , maka keharusan untuk melakukan penbedahan untuk tujuan membetulkan kedudukan mata .
ADAKAH JULING MENGANGGU PENGLIHATAN ?
1) Ya , jika juling pada sebelah mata maka ‘amblyopia ‘ atau ‘lazy eye’ boleh berlaku . Amblyopia berlaku apabila ada kerosakan penglihatan dalam beberapa tahun pertama umur kanak - kanak spt ; juling berselaput , rabun jauh atau rabun dekat yang teruk dan kabur . 2) Kejulingan boleh berlaku apabila kedudukan posisi bola mata tidak selari . 3) Juling boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau secara bergannti - ganti spt jika mata kanan mengalami kejulingan dan adakala mata kiri pula menjadi juling .
PUNCA JULING
1) Faktor semula jadi sejak lahir . 2) Akibat kerosakan pada saraf yang menyebabkan seseorang mengalami ‘diplopia’ (melihat satu imej menjadi dua) secara tiba - tiba .
RAWATAN JULING
1) Pemakaian cerminmata khas . 2) Pembedahan untuk membetulkan posisi bola mata .


Dipetik daripada buku PELIHARAH MATAMU KE ARAH MATA YANG SIHAT PROF DR. MUHAYA MOHAMAD M.D Phd

Saturday 5 March 2016

14 JENIS - JENIS PENYAKIT MATA (BAHAGIAN 3)

3) GLAUKOMA
 Glaukoma ialah sejenis penyakit mata yang menyebabkan tekanan mata meningkat dengan tinggi dan mengakibatkan kerosakan pada saraf mata . Glaukoma yang tidak dirawat akan menyebabkan kebutaan . Glaukoma terbahagi kepada dua jenis iaitu glaukoma akut dan glaukoma kronik .
Glaukoma akut akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan menyebabkan kebutaan dan harus dirawat segera . Glaukoma kronik pula tidak akan memberikan rasa sakit walaupun sedikit tetapi boleh menyebabkan kebutaan secara perlahan dan selalunya berlaku kepada golongan yang berumur 50 tahun ke atas .
APAKAH GEJALA GLAUKOMA ?
Glaukoma Akut : 1) Kemerahan pada mata . 2) Mudah di kesan kerana rasa sakit yang amat sangat selain mata menjadi merah .
Glaukoma Kronik : 1) Berlaku tanpa dikesan kerana tiada tanda - tanda yang jelas . 2) Kadang kala penglihatan menjadi kabur . 3) Selalu menukar cermin untuk membaca tetapi masih terasa tidak selesa walaupun telah berkali - kali menukar cermin mata .
BAGAIMANAKAH GLAUKOMA MENYEBABKAN KEBUTAAN ?
1) Tekanan mata yang tinggi menyebabkan tekanan pada saraf optik di dalam mata . 2) Mengakibatkan gangguan kepada peredaran darah ke saraf optik . 3) Saraf optik penting untuk menyampaikan cahaya dari mata ke otak kerana itu jika saraf mata mengalami kerosakan , maka akan mengalami kebutaan .
SIAPAKAH YANG MUDAH DIHIDAPI GLAUKOMA ?
1) Golongan yang berumur melebihi 45 tahun . 2) Juga boleh berlaku kepada golonga muda yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit glaukoma .
BOLEHKAH GLAUKOMA DIHIDAPI OLEH KANAK - KANAK ?
1) Glaukoma memang boleh berlaku kepada kanak - kanak termasuk yang baru lahir . 2) Biasanya berlaku selepas kanak - kanak itu berumur beberapa tahun .
APAKAH RAWATAN UNTUK GLAUKOMA KRONIK ?
1) Boleh dirawat dengan pelbagai jenis ubat titis yang amat mudah memberi kesan samping yang amat minima . 2) Jika tekanan mata tidak dapat dipulihkan , maka pembedahan harus dilakukan .

Dipetik daripada PROF DR. MUHAYA MOHAMD M.D , Phd
COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST