Monday 7 March 2016

14 JENIS - JENIS PENYAKIT MATA (BAHAGIAN 4)

4) JULING

Masalah kejulingan bukan sahaja menjejaskan keupayaan mata untuk melihat dengan jelas malah menjejaskan rupa paras seterusnya mempengaruhi keyakinan diri seseorang . mereka yag mempunyai masalah itu lazimnya akan merasa rendah diri , kurang yakin dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat .
ADAKAH JULING SEJAK LAHIR BOLEH DIRAWAT ?
Boleh tetapi bergantung kepada sebab kejulingan tersebut .
ADAKAH PEMBEDAHAN UNTUK MEMBETULKAN KEJULINGAN MATA DIBENAR DALAM ISLAM ?
1) Boleh kerana juling merupakan satu penyakit yang boleh dirawat . 2) Jika kecacatan seperti juling akan menimbulkan rasa rendah diri , maka keharusan untuk melakukan penbedahan untuk tujuan membetulkan kedudukan mata .
ADAKAH JULING MENGANGGU PENGLIHATAN ?
1) Ya , jika juling pada sebelah mata maka ‘amblyopia ‘ atau ‘lazy eye’ boleh berlaku . Amblyopia berlaku apabila ada kerosakan penglihatan dalam beberapa tahun pertama umur kanak - kanak spt ; juling berselaput , rabun jauh atau rabun dekat yang teruk dan kabur . 2) Kejulingan boleh berlaku apabila kedudukan posisi bola mata tidak selari . 3) Juling boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau secara bergannti - ganti spt jika mata kanan mengalami kejulingan dan adakala mata kiri pula menjadi juling .
PUNCA JULING
1) Faktor semula jadi sejak lahir . 2) Akibat kerosakan pada saraf yang menyebabkan seseorang mengalami ‘diplopia’ (melihat satu imej menjadi dua) secara tiba - tiba .
RAWATAN JULING
1) Pemakaian cerminmata khas . 2) Pembedahan untuk membetulkan posisi bola mata .


Dipetik daripada buku PELIHARAH MATAMU KE ARAH MATA YANG SIHAT PROF DR. MUHAYA MOHAMAD M.D Phd

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST