AMALAN YANG BETUL
- Guna kanta sentuh setelah mendapat nasihat dari pengamal yang terlatih seperti oftalmologist, optometris dan pegawai optik yang mempunyai permit untuk kenata sentuh.
- Ketahui cara penjagaan kanta sentuh yang betul.
- Cuci tangan dengan sabun sebelum menyentuh kanta sentuh.
- Cuci kanta sentuh dengan larutan khas.
- Bersihkan bekas kanta sentuh setiap hari.
- Pastikan kuku pendek dan bersih.
- Jalani pemeriksaan mata secara berkala oleh optometris atau oftalmologist.
- Tanggalkan kanta sentuh dengan segera jika mata merah atau tidak selesa dan terus jumpa doktor
AMALAN YANG SALAH
JANGAN :
- Beli kanta sentuh tanpa nasihat pengamal yang terlatih.
- Pakai kanta sentuh semasa tidur.
- Bersihkan kanta sentuh dengan air paip, air suling atau air garam buatan sendiri.
- Pakai kanta sentuh semasa berenang.
- Guna air liur untuk basahkan kanta sentuh.
- Pakai kanta sentuh bila mata rasa sakit dan tidak selesa.
- Berkongsi kanta sentuh dengan orang lain.
Info yang sangat berguna mengenai cara-cara penjagaan kanta sentuh yang betul. Bila seseorang itu memakai kanta sentuh, dia harus mengetahui risiko yang boleh berlaku sekiranya teknik penjagaan kanta sentuh tidak diamalkan dengan betul. Selain itu, sebaik-baiknya kita membeli kanta sentuh dan pencuci kanta sentuh yang berkualiti bagi memastikan mata kita tidak mengalami sebarang alahan terhadap kanta sentuh.
ReplyDelete