Kabur penglihatan akan terjadi
sekiranya ada gangguan dalam laluan
cahaya dari bahagian hadapan mata iaitu kornea kebahagian belakang mata iaitu
retina dan seterusnya saraf optik. Sekiranya berlaku sebarang
ketidaknormalan pada mana-mana bahagian mata termasuk saraf optik akan
menyebabkan gangguan pada penglihatan.
Perubahan dalam penglihatan mungkin
disebabkan oleh sesuatu yang tidak membimbangkan yang hanya memerlukan cermin
mata bagi merawat perubahan tersebut, tetapi dalam sebahagian dari kes kabur
penglihatan mungkin disebabkan oleh sesuatu yang agak serius yang memerlukan
pemeriksaan mata yang menyeluruh untuk menentukan penyebabnya.
Penyebab
Masalah kabur penglihatan boleh
disebabkan oleh:
- Presbyopia
Mengalami kesukaran
untuk fokus pada objek yang dekat. Masalah ini biasanya dikesan ketika
umur mencecah 35 - 40 tahun.
- Katarak
Adalah dimana kanta
menjadi gelap menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan silau. Ini adalah
penyebab utama kabur penglihatan bagi golongan umur pertengahan.
- Glaukoma
Satu penyakit saraf
optik yang kronik dan progresif dengan tekanan didalam mata yang tinggi
dan dalam kebanyakan kes tidak menyebabkan sakit pada mata. Penglihatan
pada mulanya normal, tetapi dengan masa anda mungkin mengalami
gangguan penglihatan pada waktu malam, titik buta dan gangguan pada medan
penglihatan. Glaukoma boleh terjadi secara tiba-tiba dan ini biasanya
akan menyebabkan mata sakit dan merah. Keadaan ini diklasifikasikan
sebagai kes kecemasan.
- Diabetik Retinopati dan / atau ‘Diabetic Macula Edema’
- “Age related macula degeneration (AMD)”
Kehilangan
penglihatan dibahagian tengah, kabur penglihatan terutama semasa membaca,
gangguan penglihatan (garisan lurus menjadi bengkok atau berombak) dan
warna menjadi pudar. Ini adalah penyebab utama kabur penglihatan di kalangan
mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
- Jangkitan kuman, radang dan kecederaan mata
- “Floaters”
Partikel yang halus
berterbangan dari dalam mata yang mengganggu penglihatan dan mungkin
keliru dengan masalah retina lekang (retinal detachment)
- Rabun malam
- Retina lekang (Retinal detachment)
Gejala termasuk
“floaters”, “sparks or flashes of light” dari dalam mata, atau
ternampak seperti langsir menutupi sebahagian dari medan penglihatan.
- Radang saraf optik (Optic neuritis)
Radang pada saraf
optik mungkin terjadi dari jangkitan kuman atau penyakit “multiple sclerosis”.
Anda mungkin merasa sakit bila menggerakkan mata atau disentuh pada kelopak
mata.
- Angin ahmar dan TIA -Menyebabkan kehilangan ruang penglihatan, bergantung pada lokasi bahagian otak yang terlibat.
- Barah otak-Menyebabkan kehilangan ruang penglihatan, bergantung pada lokasi bahagian otak yang terlibat.
- Pendarahan didalam mata
- “Temporal arteritis” -Radang pada salur darah (arteri) yang membekalkan darah pada saraf optik.
- Migrain -Anda mungkin nampak cahaya lampu, ”halus”, atau paten zigzag sebelum sakit kepala.
No comments:
Post a Comment