Saturday, 11 April 2015

SOALAN LAZIM

Bila Perlu Berjumpa Dengan Doktor Mata?
Anda perlu mendapatkan pemeriksaan dari pakar mata (oftalmologis) sekiranya:
  • Anda mengalami hilang penglihatan sebahagian atau sepenuhnya padasatu atau kedua belah mata walaupun ianya berlaku untuk sementara waktu.
  • Anda mengalami kabur penglihatan atau hilang penglihatan secara tiba-tiba.
  • Anda melihat satu objek sebagai dua (double vision), walaupun ianya berlaku buat sementara.
  • Anda melihat objek lurus menjadi bengkok atau berombak.
  • Anda mengalami seperti ada langsir yang ditarik dihadapan mata anda dari atas,  bawah atau kiri dan kanan anda.
  • Anda mengalami titik buta atau hilang penglihatan di bahagian tengah atau gangguan pandangan dengan tiba-tiba.
  • Anda mengalami kabur penglihatan dengan tiba-tiba bersama dengan sakit pada mata dan merah. Mata merah yang sakit dengan kabur penglihatan adalah merupakan kes kecemasan.
  • Jangkitan mata biasa yang berpanjangan (selepas dirawat oleh dpktpr biasa > 2 minggu)
  • Masalah melihat di waktu malam atau semasa membaca
  • Masalah dalam membezakan warna
  • Masalah diabetik ataupun mempunyai sejarah diabetik didalam keluarga
  • Masalah mata gatal, berair dan bertahi (discharge)
  • Masalah kesihatan yang mungkin ada kaitan dengan pengambilan ubatan (JANGANberhenti atau tukar ubat sebelum mendapat konsultasi dari doktor anda)
Apa Yang Akan Dilakukan Semasa Di Klinik Mata?
Doktor mata akan:
  1. Melakukan ujian penglihatan
  2. Mengukur tekanan mata
  3. Lakukan pemeriksaan mata yang lengkap termasuk pengembangan anak mata
  4. Lakukan ujian atau prosedur yang perlu seperti ujian medan penglihatan, hess chart, refraksi dan lain-lain, bergantung kepada penemuan pemeriksaan.
Rawatan adalah bergantung kepada penyebab kabur penglihatan. Pembedahan mungkin disyorkan untuk kes–kes tertentu.
PERINGATAN: Akibat dari pengembangan anak mata, penglihatan anda akan kabur buat  sementara (4 hingga 5 jam). Adalah dinasihatkan tidak memandu dalam jangkamasa ini.
Anda dapat membantu doktor anda sekiranya anda dapat menerangkan tanda dan gejala dengan tepat.

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST