Tuesday 31 March 2015

PENGLIHATAN TERHAD

Pengenalan
Penglihatan terhad ialah keadaan di mana penglihatan menjadi kabur dan/atau keluasan medan penglihatan mengecil dan tidak dapat dibantu melalui rawatan perubatan, pembedahan, penggunaan cermin mata ataupun kanta sentuh pada kedua-dua mata.

Mereka yang mempunyai penglihatan terhad adalah tidak sama dengan mereka yang mengalami kebutaan, dimana mereka dengan peglihatan terhad masih mempunyai sedikit tahap penglihatan yang berguna. Walaubagaimanapun penglihatan terhad biasanya akan mengganggu kelancaran perjalanan aktiviti harian seseorang seperi memandu atau membaca.

Apakah definasi penglihatan terhad?
Penglihatan terhad adalah keadaan di mana individu mempunyai tahap penglihatan kurang daripada 6/18 hingga 3/60 atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah pada kedua-dua mata dengan pembetulan terbaik mengikut carta snellen. Apabila tahap penglihatan kurang daripada 3/60, keadaan ini dikenali sebagai buta.

Buta didefinasikan sebagai tahap penglihatan kurang dari 3/60 atau keluasan medan penglihatan seluas 10 darjah atau kurang pada kedua-dua mata dengan pembetulan terbaik.

Seseorang dengan tahap penglihatan 6/18 bermaksud individu berpenglihatan terhad hanya mampu melihat objek dari jarak 6 meter manakala individu normal boleh melihat objek yang sama dari jarak 18 meter.

Apakah penyebab utama penglihatan terhad?
Penyebab utama penglihatan terhad ialah:
  • Katarak yang tidak dirawat
  • Rabun yang tidak dapat dibetulkan
  • Age Related Macular Degeneration (ARMD)
  • Retinopati diabetik
  • Glaukoma

Apakah tanda-tanda mengalami penglihatan terhad?
  • Kesukaran untuk mengenalpasti pada jarak jauh
  • Kesukaran untuk membezakan warna dalam tona yang sama
  • Kesukaran untuk melihat dekat (membaca atau memasak)
  • Keluasan medan penglihatan semakin mengecil
  • Kombinasi tahap penglihatan yang rendah dan medan penglihatan yang mengecil


No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST