Wednesday 4 March 2015

PERBEZAAN RABUN DEKAT DAN RABUN TUA

Pengenalan
Ramai orang keliru antara rabun dekat dan rabun tua. Ini kerana kedua-duanya akan mengadu kabur pada jarak dekat. Sebenarnya rabun dekat dan rabun tua adalah dua masalah mata yang berbeza.
Sebarang objek akan dilihat jelas sekiranya imej terbentuk di atas retina. Tiga komponen mata yang membantu untuk melihat dengan jelas adalah :
  1. Kuasa kornea iaitu bahagian mata yang paling hadapan
  2. Kuasa kanta mata
  3. Panjang bola mata
  4. Sekiranya terdapat satu atau lebih komponen berada di luar julat normal, maka mata akan gagal memfokus dengan tepat di atas retina dan akan mengakibatkan rabun.
    Rabun dekat atau hiperopia adalah satu keadaan di mana objek dekat menjadi kabur tetapi objek jauh kelihatan terang. Rabun dekat boleh dialami oleh semua peringkat umur.
    Seseorang yang mengalami rabun tua atau presbiopia akan mempunyai penglihatan dekat yang kabur walaupun sudah memakai cermin mata untuk membetulkan rabun jauh atau rabun dekat.
Punca
Rabun dekat terjadi apabila imej sesuatu objek yang dilihat, terfokus di belakang retina seperti rajah di bawah.
Ini disebabkan oleh :
  • Kuasa kornea kurang dari nilai normal
  • Kuasa kanta mata kurang dari nilai normal
  • Panjang mata lebih pendek berbanding orang normal
Rabun tua adalah satu proses penuaan semulajadi yang terjadi akibat kanta mata telah menjadi keras dan kurang fleksibel. Kanta yang mengeras akan menghalang proses penebalan dan seterusnya mengakibatkan imej terfokus di belakang retina.

Tanda dan Gejala

KESAN
Jika rabun dekat dan rabun tua tidak dibetulkan, ia akan mengakibatkan gejala seperti di atas dan seterusnya tumpuan dan prestasi kerja akan terjejas.
Rabun dekat pada kanak-kanak, jika tidak dirawat awal boleh mengakibatkan ambliopia atau mata malas.
RUJUKAN
MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia; http://www.myhealth.gov.my/

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST