Wednesday 8 April 2015

PENYEBAB PENGLIHATAN KABUR

Pengenalan

Kabur penglihatan akan terjadi sekiranya ada gangguan dalam  laluan cahaya dari bahagian hadapan mata iaitu kornea kebahagian belakang mata iaitu retina dan seterusnya saraf optik.  Sekiranya berlaku sebarang ketidaknormalan pada mana-mana bahagian mata termasuk saraf optik akan menyebabkan gangguan pada penglihatan.
Perubahan dalam penglihatan mungkin disebabkan oleh sesuatu yang tidak membimbangkan yang hanya memerlukan cermin mata bagi merawat perubahan tersebut, tetapi dalam sebahagian dari kes kabur penglihatan mungkin disebabkan oleh sesuatu yang agak serius yang memerlukan pemeriksaan mata yang menyeluruh untuk menentukan penyebabnya.
Penyebab
Masalah kabur penglihatan boleh disebabkan oleh:
  • Presbyopia 
Mengalami kesukaran untuk fokus pada objek yang dekat. Masalah ini biasanya dikesan ketika umur mencecah 35 - 40 tahun.
  • Katarak
Adalah dimana kanta menjadi gelap menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan silau. Ini adalah penyebab utama kabur penglihatan bagi golongan umur pertengahan.
  • Glaukoma 
Satu penyakit saraf optik yang kronik dan progresif dengan tekanan didalam mata yang tinggi dan dalam kebanyakan kes tidak menyebabkan sakit pada mata. Penglihatan pada mulanya  normal,  tetapi dengan masa anda mungkin mengalami gangguan penglihatan pada waktu malam, titik buta dan gangguan pada medan penglihatan. Glaukoma boleh terjadi secara tiba-tiba dan ini biasanya akan menyebabkan mata sakit dan merah.  Keadaan ini diklasifikasikan sebagai kes kecemasan.
  • Diabetik Retinopati dan / atau ‘Diabetic Macula Edema’
  • “Age related macula degeneration (AMD)”
Kehilangan penglihatan dibahagian tengah, kabur penglihatan terutama semasa membaca,  gangguan penglihatan (garisan lurus menjadi bengkok atau berombak) dan warna menjadi pudar. Ini adalah penyebab utama kabur penglihatan di kalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
  • Jangkitan kuman, radang dan kecederaan mata
  • “Floaters”
Partikel yang halus berterbangan dari dalam mata yang  mengganggu penglihatan dan mungkin keliru dengan masalah retina lekang (retinal detachment)
  • Rabun malam
  • Retina lekang (Retinal detachment)
Gejala termasuk “floaters”, “sparks or flashes of light” dari dalam mata, atau ternampak seperti langsir menutupi sebahagian dari medan penglihatan.
  • Radang saraf optik (Optic neuritis 
Radang pada saraf optik mungkin terjadi dari jangkitan kuman atau penyakit “multiple sclerosis”. Anda mungkin merasa sakit bila menggerakkan mata atau disentuh pada kelopak mata.
  • Angin ahmar dan TIA -Menyebabkan kehilangan ruang penglihatan, bergantung pada lokasi bahagian otak yang terlibat.
  • Barah otak-Menyebabkan kehilangan ruang penglihatan, bergantung pada lokasi bahagian otak yang terlibat.
  • Pendarahan didalam mata
  • Temporal arteritis” -Radang pada salur darah (arteri) yang membekalkan darah pada saraf optik.
  • Migrain -Anda mungkin nampak cahaya lampu, ”halus”, atau paten zigzag sebelum sakit kepala.

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST