Saturday 22 August 2015

NASIHAT TENTANG PENJAGAAN KANTA LEKAP - (BAHAGIAN 1)

PERKARA - PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN :



  • Dapatkan kanta sentuh dari orang yang berkelayakan seperti pakar mata , optometrist atau juru optik berdaftar yang boleh memberi preskripsi kanta sentuh .

  • Belajar cara yag betul untuk memakai , mengeluarkan dari mata ,mencuci dan menyimpan kanta sentuh .

@ cara memakai kanta


@ cara menanggalkan kanta lekap


@ cara mencuci kanta lekap

  • Memakai kanta sentuh mengikut jadual yang ditetapkan .


  • Membasuh tangan dengan sabun dan keringkan tangan anda sebelum mengendalikan kanta sentuh .


  • Mencuci kanta sentuh dengan larutan disinfeksi yang di cadangkan dan digalakkan menggosok kanta dengan jari .
      
@ mencuci kanta lekap  


@ menggosok kanta lekap


  • Rendam kanta dalam larutan yang mencukupi bagi menutupi keseluruhan kanta sepanjang malam .


  • Bilas dengan saline/Multi Purpose Solution (MPS) sepeuhnya sebelum memakai kanta .


  • Mencuci dan mengeringkan bekas kanta sentuh setiap kali selepas kanta dikeluarkan dari bekas . Letak bekas di tampat yang kering dan bersih . Tukar bekas kanta sentuh setiap 3 bulan .


  • Memastikan kuku bersih .


  • Mendapatkan nasihat dari pembekal kanta anda sebelum menggunakan sebarang ubat titis mata .




  • Menjalani pemeriksaan kanta secara berkala , sekurang - kurangnya sekali setahun atau atas nasihat pembekal kanta anda .




  • Menanggalkan kanta dan berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala seperti mata merah , sakit , berair mata berlebihan , mata lebih sensitif kepada cahaya , penglihatan kabur , bertahi mata atau mata bengkak .







Dipetik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)



No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST