Thursday 21 May 2015

D.I.Y (Cara Pasang Skru Bingkai (spring))


Apabila kaki bingkai cermin mata anda Longgar, besar kemungkinan adalah skru longgar. Atau tidak boleh di pakai kerana skru terus tercabut/tertanggal seperti gambar di bawah.


Tak sempat ke kedai cermin mata untuk servis?..Anda boleh lakukan sendiri..dengan langkah2 MUDAH yang di berikan...bahan2 yang di perlukan ialah:

1. kain cermin mata yang di bekalkan. Jika tiada boleh guna kain lembut atau tisu muka yang lembut
2. Alat yang tajam di hujungkan , di rumah boleh gunakan jarum
3. Pemutar skru - mengikut jenis flat atau bunga
(mini keychaing Pemutar skru nie mudah di bawa ke mana-mana)
4. Skru kecil 

Langkah-Langkah mudah ialah :

1. Balutkan bahagian cermin yang kaki bingkainya tanggal sebagai langkah berjaga-jaga agar cermin tidak tercalar semasa proses pemasangan skru

2. Masukkan kaki bingkai yang tertanggal pada tempatnya seperti di tunjukkan dalam gambar

3. Masukkan hujung alat yang tajam atau jarum ke dalam lubang spring 

4. Tolak kaki bingkai ke belakang seperti label 1. Kemudian letakkan skru di tempat label 2 secara menegak seperti di dalam gambar di bawah.

5. Tanggalkan alat yang tajam dihujungnya/jarum seperti kedudukan di bawah.

6. Masukkan skru asal kaki bingkai di tempat yang di label 4. 


7. Yeay dah boleh Skru.


8. Tolakkan kaki bingkai ke luar untuk keluarkan skru yang di gunakan sebagai pemegang supaya spring tidak tertarik dan memudahkan skru di pasang.

9. Dah SIAP.. dah boleh pakai cermin mata anda!!!!

Jika tidak berjaya juga, boleh ke kedai cermin mata berdekatan...hehehehe
Semoga bermanfaat untuk semua. 

PAKAR PENGLIHATAN ANDA.








3 comments:

COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST