Apakah kriteria yang perlu di pertimbangkan untuk pemakaian cermin mata yang selesa selain memastikan OPTOMETRIST BERTAULIAH yang menjalankan ujian refraksi ke atas anda?
JOM KENALI CERMIN MATA ANDA
Pemilihan bingkai yang SELESA dan SESUAI adalah sangat PENTING. Ini adalah kerana majoriti pemakai cermin mata akan memakai cermin mata seharian terutamanya yang mempunyai ralat refraksi (power) yang sederhana hingga tinggi.
Kriteria yang tersenarai untuk memilih cermin mata antaranya adalah:
1. Material / Bahan bingkai contohnya Plastik (acetate, TR90, metal, titanium, dsb)
2. Jenis bingkai contohnya Bingkai penuh (fullframe) , Bingkai separuh (half- frame) atau Tanpa Bingkai (Rimless)
3. Warna Kegemaran
4. Kesesuaian untuk jenis kanta yang dicadangkan
5. Trend terkini
6. Kesesuaian apabila di pakai
7. Harga yang memenuhi budget
Adakah bingkai yang di pilih sesuai untuk anda?
Dapatkan bantuan dan nasihat semasa pemilihan oleh OPTOMETRIST, JURUJUAL atau keluarga/kawan-kawan yang hadir sekali.
INFO TAMBAHAN
Tahukah anda apakah yang di maksudkan dengan angka di dalam gambar di bawah?
nantikan ulasan lebih terperinci dalam KENALI CERMIN MATA ANDA - PART 2
PAKAR PENGLIHATAN ANDA
No comments:
Post a Comment