Wednesday 2 December 2015

FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERBEZAAN KETAJAMAN PENGLIHATAN

- Ketajaman penglihatan dan bidang penglihatan kita semakin lama semakin berkurangan akibat daripada pelbagai proses ketuaan (agieng) dan keadaan - keadaan pathologikal serta lain - lain gangguan pada bola mata yang telah menyebabkan perbezaan ketajaman penglihatan .





- Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan ketajaman penglihatanseperti :

1) Saiz sel - sel mosaik retina adalah berbeza .



2) Aberasi optik pada mata (iaitu aberasi cahaya dan warna) .



3) Saiz pupil yang berbeza .


4) Kejernihan media optik (gelemaca dan gelemair) .


5) Pembesaran imej retina yang berbeza .


6) Keupayaan untuk mentafsir imej kabur .



7) Keadaan penyakit pada mata misalnya ambliopia , penyakit pada fovea pada retina , keadaan degenerasi seperti degenerasi mekular pada orang tua dan sebagainya .



8) Pencahayaan atau iluminasi yang tidak baik .




9) Kontras yang tidak baik .








" DIPETIK DARIPADA BUKU MATA DAN PENGLIHATAN
DITERBIT OLEH FAJAR BAKTI Sdn. Bhd"

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST