Saturday 5 December 2015

MEMELIHARA KESIHATAN MATA

- MATA adalah salah satu organ yang terpenting bagi makhluk - makhluk yang bernyawa di dunia . Jadi bagi memastikan penglihatan kita sentiasa dalam keadaan sihat , kita hendaklah sentiasa MEMELIHARA KESIHATAN MATA .



- Antara perkara - perkara yang perlu dilakukan untuk MEMELIHARA KESIHATAN MATA .



1) Persekitaran yang tidak bersih boleh menjejaskan kesihatan kerana oksigen yang di peroleh di atmosfera adalah penting sebagai sumber keperluan proses fisiologi bahagian depan mata iaitu kornea .





2) Tidur yang cukup meskipun di waktu siang penting untuk penglihatan kerana penglihatan kita akan lebih segar dan selesa apabila kita dapat berehat seketika diwaktu siang .




3) Rehat boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan ketegangan di samping mengelakkan kita daripada menggunakan mata lebih daripada hadnya .




4) Senaman ringan setiap hari seperti berjalan - jalan , berjoging , bersukan dan sebagainya adalah satu lagi cara bagi menyihatkan tubuh badan dan seterusnya menyegarkan penglihatan mata .




5) Sajian yang kaya dengan zat makanan akan menambahkan lagi kesiahatan mata .




6) Bagi kesihatan penglihatan , vitamin A adalah penting kerana ia memainkan peranan dalam tindak balas kimia yang berlaku pada retina mata .








" DIPETIK DARIPADA BUKU MATA DAN PENGLIHATAN
DITERBIT OLEH FAJAR BAKTI Sdn. Bhd"

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST