Thursday 21 May 2015

D.I.Y (Cara Pasang Skru Bingkai (spring))


Apabila kaki bingkai cermin mata anda Longgar, besar kemungkinan adalah skru longgar. Atau tidak boleh di pakai kerana skru terus tercabut/tertanggal seperti gambar di bawah.


Tak sempat ke kedai cermin mata untuk servis?..Anda boleh lakukan sendiri..dengan langkah2 MUDAH yang di berikan...bahan2 yang di perlukan ialah:

1. kain cermin mata yang di bekalkan. Jika tiada boleh guna kain lembut atau tisu muka yang lembut
2. Alat yang tajam di hujungkan , di rumah boleh gunakan jarum
3. Pemutar skru - mengikut jenis flat atau bunga
(mini keychaing Pemutar skru nie mudah di bawa ke mana-mana)
4. Skru kecil 

Langkah-Langkah mudah ialah :

1. Balutkan bahagian cermin yang kaki bingkainya tanggal sebagai langkah berjaga-jaga agar cermin tidak tercalar semasa proses pemasangan skru

2. Masukkan kaki bingkai yang tertanggal pada tempatnya seperti di tunjukkan dalam gambar

3. Masukkan hujung alat yang tajam atau jarum ke dalam lubang spring 

4. Tolak kaki bingkai ke belakang seperti label 1. Kemudian letakkan skru di tempat label 2 secara menegak seperti di dalam gambar di bawah.

5. Tanggalkan alat yang tajam dihujungnya/jarum seperti kedudukan di bawah.

6. Masukkan skru asal kaki bingkai di tempat yang di label 4. 


7. Yeay dah boleh Skru.


8. Tolakkan kaki bingkai ke luar untuk keluarkan skru yang di gunakan sebagai pemegang supaya spring tidak tertarik dan memudahkan skru di pasang.

9. Dah SIAP.. dah boleh pakai cermin mata anda!!!!

Jika tidak berjaya juga, boleh ke kedai cermin mata berdekatan...hehehehe
Semoga bermanfaat untuk semua. 

PAKAR PENGLIHATAN ANDA.








Thursday 14 May 2015

KENALI CERMIN MATA ANDA (PART 2)

Selain menitikberatkan kriteria yang di nyatakan dalam KENALI CERMIN MATA (PART 1)

http://lagendaoptometrist.blogspot.com/2015/05/kenali-cermin-mata-anda-part-1.html
(bagi pelanggan dan bakal pelanggan yang terlepas isu PART 1 boleh layari link di atas)

angka yang terdapat pada bingkai juga menjadi titik rujukan untuk menentukan bingkai yang sesuai

untuk anda.


gambar contoh bingkai Jenama EDWIN model SW-ED 1018 size 55-16 - 138

Selain maklumat yang diperolehi pada dummy lens @ kanta maklumat mengenai bingkai juga terdapat pada temple @ kaki bingkai seperti gambar di bawah :


gambar contoh bingkai Jenama Lee Cooper model FP0308 size 53-18-140 c 1/8

Jenama dan model bergantung kepada pilihan anda. Size adalah penting dalam menentukan kesesuaian dan keselesaan.

Namun begitu size boleh pelbagai mengikut bentuk dan jenama.

Dapatkan nasihat dari jurujual, juruoptik atau Optometrist anda agar pemilihan yang bersesuaian akan membuatkan anda selesa apabila berkacamata.

Moga dapat membantu anda memilih bingkai yang SESUAI dan SELESA

PAKAR PENGLIHATAN ANDA




Sunday 3 May 2015

KENALI CERMIN MATA ANDA - PART 1

Adakah bingkai yang di pakai SESUAI untuk anda?

Apakah kriteria yang perlu di pertimbangkan untuk pemakaian cermin mata yang selesa selain memastikan OPTOMETRIST BERTAULIAH yang menjalankan ujian refraksi ke atas anda?


JOM KENALI CERMIN MATA ANDA


Pemilihan bingkai yang SELESA dan SESUAI adalah sangat PENTING. Ini adalah kerana majoriti pemakai cermin mata akan memakai cermin mata seharian terutamanya yang mempunyai ralat refraksi (power) yang sederhana hingga tinggi.

Kriteria yang tersenarai untuk memilih cermin mata antaranya adalah:

1. Material / Bahan bingkai contohnya Plastik (acetate, TR90, metal, titanium, dsb)

2. Jenis bingkai contohnya Bingkai penuh (fullframe) , Bingkai separuh (half- frame) atau  Tanpa Bingkai (Rimless)

3. Warna Kegemaran

4. Kesesuaian untuk jenis kanta yang dicadangkan

5. Trend terkini

6. Kesesuaian apabila di pakai

7. Harga yang memenuhi budget


Adakah bingkai yang di pilih sesuai untuk anda?

Dapatkan bantuan dan nasihat semasa pemilihan oleh OPTOMETRIST, JURUJUAL atau keluarga/kawan-kawan yang hadir sekali.

INFO TAMBAHAN

Tahukah anda apakah yang di maksudkan dengan angka di dalam gambar di bawah?




angka2 ini juga memainkan peranan penting dalam menentukan bingkai yang sesuai untuk anda.

nantikan ulasan lebih terperinci dalam KENALI CERMIN MATA ANDA - PART 2

PAKAR PENGLIHATAN ANDA



COPYRIGHT@2015 LAGENDA OPTOMETRIST